UTHM Institutional Repository

Keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar

Zulkifli, Zuriawahida (2016) Keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
ZURIAWAHIDA_Zulkifli.pdf

Download (783kB)

Abstract

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah mencapai taraf negara maju. Hal ini telah meletakkan kepentingan yang sangat tinggi terhadap pendidikan sebagai pemacu untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju yang mampu mendepani cabaran dan permintaan ekonomi yang dipacu oleh sains dan teknologi, seperti yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) adalah satu pendekatan pengajaran berasaskan masalah sebenar, yang melibatkan penggunaan pelbagai kemahiran untuk menyelesaikannya. Kajian kuasi-eksperimental ini bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah PBM dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar. Kajian ini mengambil masa selama lapan minggu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan ujian pra-pasca, senarai semak dan soal selidik. Kajian ini melibatkan 71 orang responden dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail yang terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kesemua responden ini ialah kumpulan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains tingkatan empat. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical packages for Social Science Version 21.0 (SPSS). Hasil dapatan kajian ini membuktikan kaedah PBM berjaya meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar. Pelajar juga menunjukkan persepsi positif terhadap kaedah PBM ini. Dapatan kajian ini menggambarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berbeza, menarik serta berkesan dari kaedah tradisional mampu meningkatkan kemahiran pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 05 Jun 2017 00:47
Last Modified: 05 Jun 2017 00:47
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9155
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year