UTHM Institutional Repository

Pembinaan model E-portfolio pensijilan kemahiran Malaysia

Rahim, Mohd Bekri (2015) Pembinaan model E-portfolio pensijilan kemahiran Malaysia. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Mohd_Bekri_Rahim.pdf

Download (15MB)

Abstract

Penggunaan portfolio secara bercetak dilihat sudah tidak relevan untuk diaplikasikan dalam pendidikan vokasional pada masa ini. Ini kerana portfolio bercetak bersifat statik, terhad untuk berkongsi maklumat, proses pengurusan, penilaian serta sukar mengemaskini bahan dan tidak dapat meningkatkan kemahiran profesional. Namun begitu pembangunan E-portfolio memerlukan satu kerangka dan model yang sesuai bagi memenuhi keperluan satu sistem pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk membentuk indikator dan menentusahkan model E-portfolio Pensijilan Kemahiran Malaysia (PKM). Kajian reka bentuk dan pembangunan jenis dua telah diaplikasikan dalam kajian ini. Model ADDIE yang dilakukan sedikit modifikasi telah dijadikan asas dalam pembangunan model E-portfolio PKM. Ia merangkumi tiga fasa utama iaitu; (i) fasa analisis, (ii) fasa reka bentuk dan pembangunan dan (iii) fasa pelaksanaan dan penilaian (permodelan). Fasa pertama melibatkan analisis keperluan E-portfolio. Seterusnya fasa reka bentuk dan pembangunan melibatkan proses pembentukan indikator E-portfolio PKM menggunakan kaedah teknik modified Delphi yang melibatkan 11 orang pakar yang berpengalaman dalam penggunaan portfolio dan sistem PKM. Sebanyak tiga sesi pusingan kajian modified delphi telah dilaksanakan bagi mendapat kesepakatan dalam pembentukan indikator E-portfolio PKM. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif frekuensi untuk menggambarkan profil responden dan Julat Antara Kuartil (JAK) bagi mendapatkan kesepakatan dalam proses membina item soal selidik. Akhir sekali Fasa perlaksanaan dan penilaian (permodelan) melibatkan kajian tinjauan yang melibatkan 350 orang pengajar PKM dari Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di Semenanjung Malaysia bagi membentuk model E-portfolio PKM. Data dianalisis menggunakan penganggaran Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS) bagi menentusahkan dan mencari hubungan indikator-indikator model. Dapatan kajian modified Delphi menunjukkan wujud empat elemen dan 72 indikator E-portfolio. Manakala dapatan kajian tinjauan pula menghasilkan satu model E-portfolio yang mengandungi empat elemen dan 38 indikator. Dapatan kajian tinjauan juga menunjukkan indikator-indikator model adalah sah dan dipercayai. Selain itu ke empat-empat elemen mempunyai hubungan yang signifikan terhadap model. Implikasi utama kajian ini adalah memberikan dimensi baru dalam proses penilaian kompetensi pelajar, memberi kemudahan bagi mendapatkan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dengan lebih mudah dan cepat dan menyediakan satu ruang pembelajaran yang dinamik dalam sistem pendidikan vokasional di Malaysia. Aplikasi E-portfolio dalam pendidikan vokasional di Malaysia sudah tentu dapat memberi peluang perkembangan teknologi maklumat dalam pendidikan vokasional. Ini selari dengan objektif utama pelan strategik transformasi pendidikan vokasional yang telah dirancang, bagi memperkemaskan sistem penyampaian pendidikan vokasional dalam menghasilkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing, berwatakan profesional serta diterima oleh pasaran kerja.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 27 Jul 2017 06:41
Last Modified: 27 Jul 2017 06:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9180
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year