UTHM Institutional Repository

Hubungan gaya pengajaran guru dengan pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran perdagangan di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka

Salleh, Jidarulaila (2003) Hubungan gaya pengajaran guru dengan pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran perdagangan di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24_Pages_from_Pages_from_HUBUNGAN_GAYA_PENGAJARAN_GURU_DENGAN_PENCAPAIAN_AKADEMIK_PELAJAR_BAGI_MAT.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
HUBUNGAN GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN PERDAGANGAN D full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini menumpukan kepada hubung kait antara gaya pengajaran guru dengan pencapaian akademik pelajar. Pencapaian akademik diukur melalui gred yang diperolehi pelajar pada peperiksaan akhir tingkatan 4 bagi mata pelajaran perdagangan. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat gaya pengajaran yang digunakan oleh guru dan sejauh mana gaya pengajaran ini memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Selain itu kajian ini juga menumpukan kepada gaya pengajaran yang bagaimana diminati oleh mereka dalam membantu mencapai prestasi akademik yang lebih baik. Kajian ini dijalankan ke atas 62 orang pelajar kursus Pengurusan Perniagaan di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka yang mengambil mata pelajaran Perdagangan sebagai sampel. Keseluruhan data telah dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 10.0 dengan mendapatkan nilai peratusan, jumlah, skor min dan kolerasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara gaya pengajaran guru dengan pencapaian akademik pelajar Pengurusan Perniagaan di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa gaya pengajaran guru mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran perdagangan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
H Social Sciences > HF Commerce > HF1-293 Commerce
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 19 Apr 2011 01:59
Last Modified: 04 Nov 2019 02:40
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/925
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year