UTHM Institutional Repository

Keberkesanan penggunaan cd-i dalam mata pelajaran teknologi konkrit (C 1004) sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM)

Mohd Sahap, Noorziawati (2003) Keberkesanan penggunaan cd-i dalam mata pelajaran teknologi konkrit (C 1004) sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_KEBERKESANAN_PENGGUNAAN_CD-I_DALAM_MATA_PELAJARAN_TEKNOLOGI_KONKRIT_(CI004)_SEBAGAI_.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
KEBERKESANAN PENGGUNAAN CD-I DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KONKRIT (CI004) SEBAGAI ALAT BAHAN BAN full.pdf

Download (2MB)

Abstract

Perkembangan teknologi pada hari ini telah membawa perubahan dalam bidang pendidikan dengan menggunakan alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang lebih efektif. Penggunaan A B BM dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) memberikan kesan maksimum terhadap proses pembelajaran. Sehubungan dengan itu satu kajian dijalankan untuk mengkaji CD-I sebagai A B BM dalam mata pelajaran Teknologi Konkrit(C 1004). Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan temubual untuk mendapatkan data. Seramai 80 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam semester satu, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan telah dijadikan sampel kajian. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan CD-I dari segi gambarajah, bahasa, susunan isi kandungan dan interaktiviti serta sebagai bahan pembelajaran. Data kajian di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 10.0 for Windows (SPSS 10.0). Dapatan kajian menunjukkan bahawa CD- I yang dikaji berkesan dari segi gambarajah, bahasa,susunan isi kandungan dan interaktiviti. Penulis turut mendapati bahawa CD-I yang dikaji boleh dijadikan sebagai bahan pembelajaran dalam mata pelajaran Teknologi Konkrit(C 1004).

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Teaching aids and devices, CD-I technology databases, interactive multimedia databases
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 19 Apr 2011 02:37
Last Modified: 12 Nov 2019 03:01
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/927
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year