UTHM Institutional Repository

Kajian mengenai pembangunan dan penilalan format manual pengajaran dan pembelajaran dalam cd-interaktif bagi pelajar kejuruteraan elektrik di politeknik-politeknik Malaysia.

Kevin Akeu, Francisca (2003) Kajian mengenai pembangunan dan penilalan format manual pengajaran dan pembelajaran dalam cd-interaktif bagi pelajar kejuruteraan elektrik di politeknik-politeknik Malaysia. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn .

[img] PDF
24_Pages_from_KAJIAN_MENGENAI_PEMBANGUNAN_DAN_PENILAIAN_FORMAT_MANUAL_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_.pdf

Download (1MB)

Abstract

Seiring dengan era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini, maka adalah wajar dikatakan para pendidik perlu menyesuai serta mengaplikasikan konsep multimedia dalam teknologi pendidikan bagi memotivasi dan membantu proses pembelajaran pelajar. Kajian ini dilaksanakan untuk menghasilkan format manual pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam CD-Interaktif pendidikan. Tujuan pembangunan format manual P&P ini adalah untuk membantu serta memberi panduan kepada para pensyarah dalam menyediakan pakej pengajaran dan pembelajaran mereka berasaskan CD-Interaktif supaya lebih mantap bagi mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki, Penilaian ke atas kajian ini adalah berdasarkan instrumen yang digunakan iaitu melalui borang soal selidik. Seramai 60 orang responden yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini, Responden ini terdiri daripada 8 orang pensyarah yang mengajar, 2 orang pensyarah pakar dalam menilai produk dan 50 orang pelajar semester 1, Sijil Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Johor Bahru yang mengambil matapelajaran Teknologi Elektrik 1, Analisis data kajian ini seterusnya diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 10,0 bagi mendapatkan nilai peratusan dan skor min, Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembangunan format manual P&P dalam CD-Interaktif ini penting dalam menyediakan pakej P&P yang berkesan dari segi menepati ciri-ciri yang dikehendaki, kesesuaian dan kekangannya apabila ia diaplikasikan di Politeknik Johor Bahru.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Apr 2011 03:52
Last Modified: 29 Apr 2011 06:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/929
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year