UTHM Institutional Repository

Kajian keberkesanan penggunaan cakera padat microsoft power point dalam proses P&P bagi subjek Perakaunan Kewangan Satu di Politeknik

Yusof, Suhaili (2003) Kajian keberkesanan penggunaan cakera padat microsoft power point dalam proses P&P bagi subjek Perakaunan Kewangan Satu di Politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24_Pages_from_KAJIAN_KEBERKESANAN_PENGGUNAAN_CAKERA_PADAT_MICROSOFT_POWER_POINT_DALAM_PROSES_P&P_B.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN CAKERA PADAT MICROSOFT POWER POINT DALAM PROSES P&P BAGI SUBJEK PER full.pdf

Download (6MB)

Abstract

Dalam dunia pendidikan sebenar, pelbagai kaedah pengajaran boleh digunakan termasuklah penggunaan komputer. Kajian ini dijalankan bagi menghasilkan bahan pengajaran yang berasaskan komputer bagi mata pelajaran Perakaunan Kewangan Satu di Politeknik serta melihat kesannya terhadap pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan sampel sebanyak 90 orang pelajar Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang yang mengambil mata pelajaran Perakaunan Kewangan Satu yang terdiri daripada pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Perakaunan. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan Statistical Program For Social Science' (SPSS) Version 11.0. Statistik yang digunakan untuk menganalisis data ialah jenis deskriptif statistik seperti min, sisihan piawai, dan juga ujian t. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara sebelum dan selepas penggunaan ABBM yang dibangunkan dalam prestasi pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan nilai keseluruhan min bagi peningkatan prestasi pelajar adalah 3.21 manakala aspek penerimaan pelajar pula adalah 3.17. Ini menunjukkan bahawa ABBM yang dibangunkan adalah amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 19 Apr 2011 02:06
Last Modified: 04 Nov 2019 02:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/931
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year