UTHM Institutional Repository

Keserasian fasilah al-Qur'an: kajian dari aspek ilmu Munasabat

Abdul Rahim, Mohd Hisyam (2016) Keserasian fasilah al-Qur'an: kajian dari aspek ilmu Munasabat. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Mohd_Hisyam_Abdul_Rahim.pdf

Download (14MB)

Abstract

Istilah fasilah merujuk kepada kalimah akhir di penghujung setiap ayat al-Qur'an yang berperanan dalam menjaga kesempurnaan makna dan susur atur ayat. Lantaran kepelagaian rima yang terdapat fada fasilah, maka terdapat pihak yang mendakwa bahawa rima-rima tersebut adalah tidak secocok, rancu dan pemilihan perkataan juga tidak serasi. Kerancuan fasilah yang ditohmahkan tersebut membawa kepada dakwaan ayat-ayat al-Qur'an itu terpisah-pisah, tiada pentautan dan tidak membentuk kesatuan padu sebagai sebuah surah dan juga kitab. Justeru, kajian yang dijalankan ini berusaha menafikan dakwaan tersebut dengan menampilkan kepelbagaian keserasian yang wujud dalam fasilah al-Qur'an. Kajian yang bersifat kualitatif ini, menimplimentasikan analisis data secara induktif dan deduktif serta komparatif dalam mencapai objektif kajian yang ditentukan. Kajian ini berbeza dengan kajian-kajian sebelumnya dengan mengenalpasti empat jenis keserasian fasilah, iaitu: Pertama, keserasian fasilah dengan kandungan ayat. Kedua, keserasian fasilah dengan fasilah ayat selepasnya. Ketiga dan keempat pula ialah, keserasian fasilah yang sama dan keserasian keseluruhan fasilah dalam sesebuah surah. Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa keempat-empat jenis keserasian fasilah tersebut dapat diklasifikasikan kepada dua bentuk utama menerusi qarinah yang dikenalpasti. Bentuk-bentuk tersebut ialah, keserasian fasilah bersifat nyata dan keserasian fasilah bersifat maknawi. Justeru, segala keserasian berkaitan fasilah yang diketengahkan dalam kajian ini membuktikan bahawa, rima-rima yang terdapat dalam fasilah al-Qur'an adalah serasi antara satu dengan yang lainnya. Pada masa yang sama, keserasian yang diketengahkan ini merupakan pembuktian bahawa ayat-ayat al-Qur'an itu mempunyai susunan yang kukuh di segenap bahagian.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP42-48 Study and Teaching
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 19 Sep 2017 02:31
Last Modified: 19 Sep 2017 02:31
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9322
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year