UTHM Institutional Repository

Pengetahuan murid dan perkaitan ibu bapa terhadap kesedaran alam sekitar: satu kajian awal

Liew Abdullah, Nurul Hidayah and Shafii, Haryati and Seow , Ta Wee (2013) Pengetahuan murid dan perkaitan ibu bapa terhadap kesedaran alam sekitar: satu kajian awal. Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 64 (1). pp. 51-57. ISSN 21803722

[img]
Preview
PDF
J1947_dd05207b9e2e8c72c363ab8b0cb379bb.pdf

Download (762kB)

Abstract

Kajian ini merupakan kajian awalan tentang kurikulum Sains sekolah rendah berkenaan pengetahuan dan kesedaran murid terhadap alam sekitar di sekolah kebangsaan. Pengetahuan alam sekitar dalam kajian ini difokuskan kepada Unit Pengendalian Bahan Buangan iaitu bagi tajuk Bahan Buangan, Kesan Bahan Buangan dan Pereputan Bahan Buangan serta Kemusnahan Alam Sekitar di bawah Unit Interaksi Antara Benda Hidup berdasarkan kurikulum Sains tahun 6. Data dikutip menggunakan kaedah kaji selidik yang terdiri daripada dua set soalan iaitu set A (72 item) dan set B (28 item) terhadap 31 sampel murid dan 30 sampel ibu bapa. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan peratusan untuk menentukan tahap pengetahuan murid, analisis ujian t untuk menentukan perbezaan antara jantina dan khi kuasa dua perkaitan antara sektor perkerjaan ibu bapa dengan tingkah laku murid terhadap alam sekitar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan alam sekitar dalam kalangan murid adalah tinggi dan tahap kesedaran adalah sederhana. Guru Sains tahun 6 juga didapati telah menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar semasa mengajar mata pelajaran Sains. Terdapat perkaitan antara sektor pekerjaan bapa dengan tingkah laku murid terhadap alam sekitar iaitu pada nilai χ2 = 27.871 (p=.000), tetapi sebaliknya bagi sektor pekerjaan ibu. Selain itu, ibu bapa berpendapat bahawa mereka merupakan pihak yang bertanggungjawab meningkatkan kesedaran anak terhadap alam sekitar, manakala sekolah merupakan medium yang paling sesuai untuk tujuan tersebut. Kesimpulannya, selain daripada sekolah dan guru, ibu bapa juga berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Walau bagaimanapun, kajian lanjut mencadangkan sampel lebih besar untuk penentuan pengaruh ibu bapa terhadap kesedaran alam sekitar murid.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pengetahuan; nilai-nilai murni; medium; ibu bapa
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1554 Elementary or public school education
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:37
Last Modified: 13 Aug 2018 03:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9361
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year