UTHM Institutional Repository

Kecenderungan pembelajaran teknikal melalui pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal di UTHM

Md Zain, Mohamad Naaim (2008) Kecenderungan pembelajaran teknikal melalui pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_KECENDERUNGAN_PEMBELAJARAN_TEKNIKAL_MELALUI_PEMBELAJARAN_KOPERATIF_DI_KALANGAN_PELAJ.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
KECENDERUNGAN PEMBELAJARAN TEKNIKAL MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH SARJ full.pdf

Download (3MB)

Abstract

Pada masa kini terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang dipraktikkan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran sama ada gaya pembelajaran tersebut berpusatkan kepada pensyarah atau pelajar itu sendiri. Kurangnya kefahaman pelajar dengan gaya pembelajaran yang diterapkan akan memberi faedah yang tidak sepenuhnya dalam proses pembelajaran mereka. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat kecenderungan pembelajaran teknikal melalui pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan dan data diperolehi melalui borang soal selidik. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal diambil sebagai sampel kajian. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelan tidak rawak. Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS(Statistical Package for Social Sciences) versi 11.5 yang melibatkan min dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman dan kecenderungan pelajar berkaitan pembelajaran koperatif adalah berada pada tahap tinggi. Kecenderungan terhadap elemen-elemen yang terdapat dalam pembelajaran koperatif juga berada pada tahap tinggi. Daripada elemen-elemen yang dikaji, pelajar lebih cenderung terhadapelemen interaksi secara bersemuka. Kesimpulannya, pelajar cenderung untuk mempraktikkan kaedah pembelajaran koperatif dalam proses pembelajaran mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Study skills,Group work in education
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 19 Apr 2011 02:36
Last Modified: 12 Nov 2019 03:02
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/937
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year