UTHM Institutional Repository

Kecenderungan kerjaya sebagai usahawan di kalangan pelajar bumiputera di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

Mohd Aripin, Rosilawati (2002) Kecenderungan kerjaya sebagai usahawan di kalangan pelajar bumiputera di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_KECENDERUNGAN_KERJAYA_SEBAGAI_USAHAWAN_DI_KALANGAN_PELAJAR_BUMIPUTERA_DI_POLITEKNIK_.pdf

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
KECENDERUNGAN_KERJAYA_SEBAGAI_USAHAWAN_DI_KALANGAN_PELAJAR_BUMIPUTERA_DI_POLITEKNIK_SULTAN_HAJI_AH_full.pdf

Download (2MB)

Abstract

Usahawan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, jika dilihat senario sekarang, masih ramai Bumiputera yang kurang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik tentang tahap kecenderungan keijaya sebagai usahawan di kaiangan pelajar Bumiputera tahun akhir Diploma Akauntansi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (POLISAS). Secara khususnya, kajian ini akan menyelidik sejauh mana cita-cita pelajar Bumiputera untuk menjadi seorang usahawan dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi pelajar, faktor keluarga, faktor pengajian, pengalaman keija dan faktor persekitaran. Responden kajian terdiri daripada pelajar Bumiputera POLISAS iaitu seramai 51 orang. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan prosedur Ujian T, Crosstabs dan Korelasi Pearson melalui perisian SPSS (Statistical Package For Social Sciences). Dapatan kajian menunjukkan hanya faktor persekitaran (iaitu faktor pihak yang paling mempengaruhi pelajar untuk berniaga) yang dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Faktor-faktor lain didapati kurang memberikan sumbangan dalam menarik minat pelajar untuk cenderung kepada bidang keusahawanan. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat bagi menangani masalah ini agar kaum Bumiputera tidak jauh ketinggalan berbanding kaum lain dan seterusnya memenuhi hasrat kerajaan dalam merealisasikan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang masih belum dicapai sepenuhnya hingga ke hari ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Depositing User: Ms Aryanti Ahmad
Date Deposited: 19 Apr 2011 02:14
Last Modified: 08 Aug 2019 01:46
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/939
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year