UTHM Institutional Repository

Kajian terhadap kos pembinaan rumah kos rendah di Sarawak

Robin, Rolyselra Orbintang (2017) Kajian terhadap kos pembinaan rumah kos rendah di Sarawak. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
ROLYSELRA_ORBINTANG_ANAK_ROBIN.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kerajaan telah memperkenalkan perumahan kos rendah bagi menampung keperluan rakyat ekoran kenaikan harga rumah setiap tahun. Namun begitu, projek perumahan kos rendah di Sarawak kurang mendapat keuntungan disebabkan peningkatan kos pembinaan. Terdapat beberapa faktor masalah yang menyumbang kepada masalah kos pembinaan rumah kos rendah meningkat. Contohnya, kenaikan harga bahan binaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah kos pembinaan rumah kos rendah dan cabaran kerajaan Sarawak dalam membina perumahan kos rendah selain untuk mengenalpasti strategi bagi mengatasi masalah tersebut. Oleh itu, bagi menjawab objektif kajian, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menemu bual pihak yang terlibat dengan pembinaan rumah kos rendah di Sarawak dengan menggunakan kaedah temu bual semi struktur dalam mendapatkan data kajian. Data kajian pula telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil daripada kajian ini mendapati masalah utama kos pembinaan rumah kos rendah di Sarawak adalah kos tanah, kekangan infrastruktur dan kenaikan harga bahan binaan. Cabaran utama kerajaan Sarawak dalam membina rumah kos rendah adalah perbezaan matlamat antara pemaju awam dan swasta dan pandangan negatif pemaju. Strategi utama kerajaan Sarawak dalam menangani masalah kos pembinaan rumah kos rendah iaitu pengurusan projek secara cekap, perancangan sumber secara bijak, pembinaan rumah bertingkat, pengurangan kos bahan binaan dan menggalakan penggunaan teknologi moden. Kepentingan kajian ini adalah kajian ini boleh dijadikan bahan rujukan kepada pelajar serta pihak pemaju rumah kos rendah dalam mengenalpasti strategi yang digunakan di dalam mengurangkan masalah kos pembinaan perumahan kos rendah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-844 Building construction
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 26 Nov 2017 09:59
Last Modified: 26 Nov 2017 09:59
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9550
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year