UTHM Institutional Repository

Kepuasan penghuni terhadap projek perumahan terbengkalai oleh kontraktor penyelamat kajian kes : Taman Perindustrian Hijau, Rawang

Mohd Sofberi, Nurul Atiqah (2016) Kepuasan penghuni terhadap projek perumahan terbengkalai oleh kontraktor penyelamat kajian kes : Taman Perindustrian Hijau, Rawang. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NURUL_ATIQAH_MOHD_SOFBERI.pdf

Download (584kB)

Abstract

Terdapat banyak aduan yang diterima daripada pembeli rumah berhubung kualiti produk perumahan dan perkhidmatan yang disampaikan oleh kontraktor penyelamat di Malaysia. Walau bagaimanapun, kajian mengenai kualiti kerja kontraktor penyelamat perumahan dalam konteks kepuasan penghuni, pengguna atau penyewa rumah yang telah diselamatkan masih kurang dilaksanakan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini memfokuskan tentang kepuasan penghuni perumahan yang diselamatkan oleh kontraktor penyelamat. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan penghuni terhadap projek perumahan yang diselamatkan oleh kontraktor penyelamat dan mengkaji masalah utama dihadapi penghuni yang mendiami rumah yang diselamatkan oleh kontraktor tersebut. Selain itu, hubungan antara tahap kepuasan penghuni dengan kualiti rumah yang diselamatkan oleh kontraktor penyelamat turut dianalisis. Kajian ini melibatkan perumahan terbengkalai yang telah diselamatkan di Taman Perindustrian Hijau, Rawang, Selangor dengan menggunakan kaedah kuantitatif di mana pengedaran borang soal selidik dilakukan. Seramai 118 responden terlibat dalam sesi soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 2.0 (SPSS). Kajian mendapati tahap kepuasan penghuni berada pada tahap memuaskan dan masalah utama yang dihadapi oleh penghuni adalah pada bahagian fizikal tangga. Seterusnya, hasil analisis juga menunjukkan terdapat hubungkait antara kepuasan penghuni terhadap kualiti kerja kontraktor penyelamat terutamanya dalam aspek rekabentuk. Diharapkan pihak-pihak yang terlibat dan bertanggungjawab dalam menangani masalah berkaitan dengan kualiti kerja kontraktor penyelamat perumahan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap permasalahan ini. Dengan itu, tahap kepuasan sebenar penghuni rumah yang telah diselamatkan dapat ditingkatkan lagi kepada tahap yang lebih tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD72-88 Economic development. Development economics. Economic growth
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 04 Dec 2017 03:50
Last Modified: 04 Dec 2017 03:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9568
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year