UTHM Institutional Repository

Pendekatan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid tingkatan dua bagi topik ungkapan algebra

Abdul Rahman, Siti Norhaida (2017) Pendekatan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid tingkatan dua bagi topik ungkapan algebra. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
SITI_NORHAIDA_Abdul_Rahman.pdf

Download (426kB)

Abstract

Matematik merupakan salah satu subjek yang kritikal dalam arena pendidikan masa kini. Pelbagai kaedah telah diusahakan untuk membantu peningkatan subjek ini dari semasa ke semasa. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesan pendekatan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Ungkapan Algebra bagi pelajar tingkatan dua. Kajian kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Melalui ujian ini tahap pencapaian dan kemahiran berfikir pelajar diukur dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca dan menggunakan ujian-T. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Setiap kumpulan diberi kaedah rawatan yang berbeza iaitu kumpulan kawalan menggunakan kaedah pendekatan tradisional dan kumpulan eksperimen menggunakan kaedah pendekatan gamifikasi. Seramai 60 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Pada peringkat awal kajian kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pra dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kedua-dua kumpulan berada pada tahap yang sama tetapi selepas rawatan dijalankan kepada kedua-dua kumpulan didapati terdapat perbezaan signifikan dalam ujian pasca. Oleh itu kaedah pendekatan gamifikasi lebih meningkatkan pencapaian skor pelajar dalam Ungkapan Algebra berbanding menggunakan kaedah tradisional kerana kaedah ini dapat membantu pelajar lebih aktif, yakin diri dan meningkatkan kemahiran berfikir.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 04 Dec 2017 03:44
Last Modified: 04 Dec 2017 03:44
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9577
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year