UTHM Institutional Repository

Pengaruh penginapan ke atas disiplin pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Yaacob, Mohd Asmedi and Yasak, Zurina (2008) Pengaruh penginapan ke atas disiplin pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. In: Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan, 22-23 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
mohd_asmedi,zurina.pdf

Download (59kB)

Abstract

Kajian pengaruh penginapan ke atas disiplin pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini memfokuskan kepada tiga objektif iaitu mengenal pasti tahap kriteria penginapan dari aspek fizikal dan bukan fizikal yang memberi kesan terhadap penginapan pelajar di UTHM, mengenal pasti kesalahan disiplin pelajar terhadap peraturan tempat penginapan mereka dan mengkaji hubungan signifikan antara disiplin pelajar dengan tahap kriteria tempat penginapan mereka. Sampel kajian dipilih secara rawak yang terdiri daripada 350 pelajar dari lima kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Tun Syed Nasir, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, Kolej Kediaman Tun Fatimah, Kolej Kediaman Melewar dan Kolej Kediaman Perwira. Data-data kajian diperolehi daripada soal selidik dan statistik kesalahan disiplin pelajar terhadap peraturan kolej yang direkod oleh setiap Kolej Kediaman. Dapatan kajian menunjukkan kriteria penginapan pelajar dari aspek fizikal dan bukan fizikal berada pada tahap sederhana masing-masing mendapat skor min 3.01 dan 3.47. Kesalahan disiplin pelajar menunjukkan setiap 25 orang pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman melakukan satu kes kesalahan. Dari segi hubungan signifikan antara disiplin pelajar dengan tahap kriteria penginapan pelajar di UTHM menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan berdasarkan perbandingan yang dilakukan. Hubungan ini wujud berdasarkan kajian yang dijalankan di UTHM sahaja namun hubungan ini tidak semestinya wujud di penginapan pelajar di tempat lain.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: disiplin; kolej kediaman pelajar; penginapan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Users 38 not found.
Date Deposited: 08 Jan 2010 15:42
Last Modified: 29 Apr 2011 06:39
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/96
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year