UTHM Institutional Repository

Pengurusan perubahan sosial menurut Ibn Khaldun

Halim, Harliana and Basir, Aminuddin and Yusof, Kamaruzaman and Saad, Shamsaadal Sholeh and Mohd Suhaimy, Khairul Azman and Isa, Khairunesa (2014) Pengurusan perubahan sosial menurut Ibn Khaldun. In: Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014, 09 hingga 10 April 2014, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Ibn Khaldun seringkali dikaitkan dengan pembangunan ilmu sosiologi berpendekatan sejarah. Berdasarkan kepada penelitian terhadap penulisan beliau dalam al-Muqaddimah, Ibn Khaldun banyak menyentuh isu perubahan sosial yang merupakan satu cabang perbincangan ilmu sosiologi dalam kebanyakan bahagian penulisan beliau. Salah satu isu penting dalam perbincangan beliau ialah bagaimana untuk menguruskan perubahan sosial yang merupakan fenomena yang berlaku pada setiap zaman. Justeru, penulisan ini dirangka untuk mengetengahkan pemikiran Ibn Khaldun dalam pengurusan perubahan sosial berdasarkan kepada penelitian dalam kitab Al-Muqaddimah karangan beliau. Secara khusus, penulisan ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut iaitu untuk menganalisis dimensi perubahan sosial secara umum dengan tujuan memahami konsep, faktor penyumbang, bentuk perubahan dan implikasi perubahan sosial tersebut menurut pemikiran Ibn Khaldun. Objektif kedua ialah untuk menganalisis perbahasan Ibn Khaldun terhadap pengurusan perubahan sosial yang terkandung dalam karya al-Muqaddimah. Objektif yang terakhir ialah untuk menyepadukan keseluruhan idea Ibn Khaldun dalam mengurus isu perubahan sosial dari semua aspek. Metodologi penulisan ini akan menggunakan pendekatan sejarah dan sosiologi di mana pengumpulan data akan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan seterusnya dianalisis bagi mengenalpasti pemikiran Ibn Khaldun terhadap isu tersebut. Dapatan daripada kajian ini dijangkakan akan menyepadukan keseluruhan idea Ibn Khaldun dalam pengurusan perubahan sosial seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan perbincangan ilmiah ilmu sosiologi sejarah dari aspek perubahan sosial.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Ibn Khaldun; sosiologi; sejarah; pemikiran; perubahan sosial
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP160-165 General works on Islam
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Islamic Studies and Social Science
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:20
Last Modified: 13 Aug 2018 03:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9613
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item