UTHM Institutional Repository

Wanita dan pendidikan menurut perspektif fiqh Islam dan undang-undang Malaysia

Syed Abu Bakar, Sharifah Khadijah and Ahmad, Shakila and Ani, Fauziah and Nadra Zainol, Nur Zainatul (2016) Wanita dan pendidikan menurut perspektif fiqh Islam dan undang-undang Malaysia. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2016 (INSAN2016), 15 – 16 November 2016, Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan tentang hak dan kedudukan wanita dalam pendidikan menurut Fiqh Islam dan Perundangan Malaysia. Ia bermatlamat untuk mengenal pasti kedudukan wanita berdasarkan kepada dua sumber utama tersebut selain mencari hubungan serta mengukur perbezaan yang terdapat diantara keduanya. Penilaian terhadap perbezaan dan persamaan kedua-dua perundangan ini dibuat untuk melihat taraf dan kedudukan yang terbaik. Selain dari itu, penulisan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan yang lebih baik dan mendalam kepada para wanita tentang kedudukan sebenar mereka agar dapat membantu menjadi seorang wanita muslimah yang praktikal, sekaligus menjadi contoh kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Penulisan ini juga menjelaskan bahawa wanita mempunyai hak dalam mendapatkan pendidikan dengan berlandaskan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Namun begitu jelas di sini bahawa Islam lebih terperinci dan sistematik dalam menggariskan hukum dan peraturan bagi wanita agar kedudukan dan hak mereka dapat dijaga dan dipelihara dengan baik dan sempurna. Manakala Perundangan Malaysia pula, walaupun tidak memperuntukkan secara detail dan keseluruhan tentang hak berpendidikan bagi kaum wanitanya, namun ia boleh dikategorikan sebagai satu perundangan yang tidak mengenepikan dan menolak hak mereka. Malah terdapat satu kementerian khas yang ditubuhkan untuk memantau dan memastikan hak mereka terjaga. Lebih-lebih lagi, sejak kebelakangan ini banyak akta-akta dan undang-undang baru yang digubal dalam memastikan hak wanita lebih terjamin.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Wanita; undang-undang; kajian perbandingan; gender; hak dan kedudukan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP174-190 The practice of Islam
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Islamic Studies and Social Science
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:22
Last Modified: 13 Aug 2018 03:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9615
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item