UTHM Institutional Repository

Aplikasi konsep pengurusan ilmu (knowledge management) di Galeri Ilmu Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum sebagai satu pendekatan inovasi: kerangka awal

Halim, Harliana and Md Yusoff, Rosman and Saad, Shamsaadal Sholeh and Abdul Rahim, Mohd Hisyam and Johar, Siti Sarawati and Saparudin, Intan Farhana and Mohd. Suhaimy, Khairul Azman and Ahmad, Shakila (2016) Aplikasi konsep pengurusan ilmu (knowledge management) di Galeri Ilmu Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum sebagai satu pendekatan inovasi: kerangka awal. In: 3rd International Conference on Human Sustainability 2016 (INSAN 2016), 15–16 November 2016, Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Pengurusan ilmu merupakan satu disiplin yang menggalakkan aplikasi pendekatan bersepadu untuk menilai, mengenal pasti, membangunkan semula aset yang terdapat di sesebuah organisasi dan dikongsikan kesemua aset maklumat yang terdapat di sesebuah organisasi secara bersama. Aset-aset ini mungkin termasuk pangkalan data, dokumen, dasar, prosedur, kepakaran yang tidak didedahkan sebelum ini dan pengalaman dalam setiap individu staf. Pengaplikasian konsep ini merupakan satu kelebihan kepada sesebuah organisasi untuk mengurus dan membangunkan potensi individu staf untuk meningkatkan tahap kompetensi dan perkembangan kerjaya melalui perencanaan program-program pembangunan dan latihan, penyediaan persekitaran, fasiliti dan peralatan sokongan untuk P&P, R&D serta penerbitan di samping menjadi platform penghubung antara agensi, masyarakat dan industri dengan organisasi melalui penyaluran kepakaran. Oleh itu, berdasarkan kepada matlamat tersebut, konsep pengurusan ilmu telah dicadangkan untuk diaplikasikan di Galeri Ilmu, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum. Justeru, kertas kerja ini dicanai sebagai satu kerangka awal yang akan menggariskan panduan mengaplikasi pengurusan di Galeri Ilmu, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum sebagai satu inovasi. Kertas kerja ini membincangkan kajian dan tafsiran literatur pengurusan ilmu dalam bidang yang berbeza dengan tujuan mengenal pasti aspek penting dalam pengurusan ilmu. Berdasarkan kepada kajian literatur berkenaan, analisis perbandingan dijalankan untuk mengenal pasti aspek yang berpotensi untuk diterapkan konsep pengurusan ilmu Galeri Ilmu bagi menyokong proses inovasi tersebut. Beberapa aspek telah berjaya dikenalpasti sebagai hasil daripada analisis berkenaan. Aspek-aspek tersebut ialah penjenamaan, perluasan fungsi dan inovasi operasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pengurusan ilmu; Galeri Ilmu; inovasi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Islamic Studies and Social Science
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:22
Last Modified: 13 Aug 2018 03:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9617
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item