UTHM Institutional Repository

Malaysia berstatus negara menua menjelang 2030; kajian awal pandangan Islam terhadap penyerahan tanggungjawab penjagaan warga tua kepada pusat penjagaan warga tua

Ahmad, Shakila and Halim, Harliana and Rusdi, Mikdar and Syed Abu Bakar, Sharifah Khadijah and Sulaiman, Noralfishah and Omar, Abdul Jalil and Ahmad, Kamilah and Arif, Norjariah (2016) Malaysia berstatus negara menua menjelang 2030; kajian awal pandangan Islam terhadap penyerahan tanggungjawab penjagaan warga tua kepada pusat penjagaan warga tua. In: 3rd International Conference on Human Sustainability 2016 (INSAN 2016), 15–16 November 2016, Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Malaysia akan mencapai status negara menua pada tahun 2030 berdasarkan unjuran yang dibuat oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dijangkakan 15 peratus dari penduduk negara pada ketika itu terdiri daripada mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan dikategorikan sebagai warga emas iaitu kumpulan penduduk yang tidak memberi sumbangan yang besar kepada produktiviti negara terutamanya dari sudut ekonomi. Tambahan pula, mereka memerlukan perhatian dan penjagaan yang lebih disebabkan faktor usia dan penyakit yang ditanggung. Oleh itu, tanggungjawab untuk membangunkan negara di samping menjaga warga tua akan dipikul oleh warga penduduk dalam kelompok dewasa yang masih bekerja. Berdasarkan situasi tersebut, dijangkakan permintaan untuk menempatkan warga tua di pusat penjagaan orang-orang tua akan meningkat oleh kerana warga penduduk dewasa dari kalangan anak-anak warga tua berkenaan perlu untuk keluar bekerja. Lanjutan dari itu, sekumpulan penyelidik dari UTHM sedang melakukan penyelidikan untuk mengenalpasti amalan terbaik dalam penyediaan penjagaan di pusat jagaan warga tua di Malaysia. Namun timbul persoalan adakah tindakan menempatkan warga tua di pusat jagaan sebagai penyelesaian kekangan yang dihadapi oleh anak-anak selari dari dengan perspektif Islam? Justeru kertas kerja ini akan cuba mengupas pandangan Islam terhadap penyerahan tanggungjawab penjagaan warga tua kepada pusat penjagaan secara ringkas sebagai kajian awal.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Negara menua; warga tua; pusat jagaan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP160-165 General works on Islam
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Islamic Studies and Social Science
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:22
Last Modified: 13 Aug 2018 03:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9618
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item