UTHM Institutional Repository

Faktor dan pengurusan stres dalam kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Saad, Shamsaadal Sholeh and Wan Adnan, Wan Zaimah and Damin, Zahrul Akmal and Halim, Harliana and Othman, Hussain and Mohamad Suhaimy, Khairul Azman (2016) Faktor dan pengurusan stres dalam kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). In: 3rd International Conference on Human Sustainability 2016 (INSAN 2016), 15–16 November 2016, Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana masalah stres yang dialami dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ia memfokus kepada tiga faktor utama yang menyebabkan stres; akademik, pengurusan masa dan hubungan sosial. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tindakan yang diambil oleh pelajar bagi mengurus stres yang dialami. Sampel yang terlibat adalah seramai 260 orang yang terdiri daripada pelajar tahun pertama yang dipilih secara rawak daripada enam fakulti di UTHM. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Kaedah analisis data bagi menjalankan kajian ini ialah statistik deskriptif menerusi frekuensi dan skor min. Hasil dapatan daripada kajian yang dilaksanakan menunjukkan tahap stres yang dialami oleh pelajar dari segi faktor akademik dan pengurusan masa adalah tinggi berbanding dengan hubungan sosial yang menunjukkan tahap stres yang sederhana. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar dalam mengurus isu stres telah mengambil tindakan dengan memperuntukkan masa dengan melakukan kerja mengikut keutamaan, merujuk kaunselor, berkongsi masalah dengan rakan dan berehat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Stres; faktor stres; pengurusan stres
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Islamic Studies and Social Science
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:22
Last Modified: 13 Aug 2018 03:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9619
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item