UTHM Institutional Repository

20 penuntut UTHM timba pengalaman di Korea Selatan

Esa, Ahmad (2017) 20 penuntut UTHM timba pengalaman di Korea Selatan. Berita UTHM.

[img]
Preview
PDF
U154_55b803dde53783a31f79d9efa8d7531e.pdf

Download (724kB)

Abstract

Seramai 20 penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diterajui oleh penuntut Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah melaksanakan mobiliti outbound ke Seoul, Korea Selatan pada 13 hingga 18 April lalu. Menerusi penjenamaan ‘Korean Education Trip 2017 (KET 2017),’ antara objektif program ke Korea ialah berkongsi hasil penyelidikan, mencari skop penyelidikan baru bidang Technical and Vocational Education and Training (TVET) dan membina keyakinan diri dalam berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa. Penuntut UTHM menjadikan slogan ‘Soaring Upwards’ yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Sri Idris Jusoh sebagai sumber inspirasi dan motivasi semasa membentangkan cadangan dan hasil penyelidikan masing-masing di Korea Research Institute for Vocational Education and Training (KRIVET). Pengarah Center for Global Cooperation, KRIVET, Dr Hwang, Gyu-hee telah memberi maklum balas positif terhadap kerja-kerja penyelidikan yang telah dibentangkan oleh penuntut UTHM.

Item Type: Article
Subjects: A General Works > AS Academies and learned societies (General)
Divisions: Publisher's Office > General Items
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:15
Last Modified: 13 Aug 2018 03:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9626
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year