UTHM Institutional Repository

Keselesaan ke tempat kerja mempengaruhi kualiti hidup masyarakat bandar di mukim Kajang, Selangor

Shafii, Haryati and Shareh Musa, Sharifah Meryam (2010) Keselesaan ke tempat kerja mempengaruhi kualiti hidup masyarakat bandar di mukim Kajang, Selangor. Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities, 79 (1). ISSN 01268694

Full text not available from this repository.

Abstract

Keselesaan penduduk ke tempat bekerja boleh mempengaruhi kualiti hidup masyarakat. Kajian ini telah mengenalpasti bahawa keselesaan ke tempat bekerja merupakan aspek yang boleh menyumbang kepada kualiti hidup yang baik. Oleh itu, aspek keselesaan ke tempat kerja harus diambilkira dalam menilai kualiti hidup masyarakat di bandar. Permasalah kajian ini ialah isu ketidakselesaan penduduk ke tempat bekerja telah menyebabkan gangguan pada kualiti hidup. Objektif kajian ialah mengkaji persepsi penduduk di bandar terhadap keselesaan ke tempat kerja. Kajian dijalankan di Bandar Kajang dan Bandar Baru Bangi. Kaedah soal selidik telah digunakan di lapangan. Sejumlah 700 responden telah dipilih secara rawak bebas di kawasan kajian. Data-data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan program SPSS. Hasil kajian mendapati paling ramai responden iaitu 135 orang bekerja di tempat lain-lain, 112 bekerja di Kajang,105 bekerja di Bandar Baru Bangi, 36 bekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia dan 26 bekerja di Serdang. Analisis perkaitan antara jarak rumah ke tempat bekerja menunjukkan nilai khi kuasa dua sebanyak 89.329 dan signifikan pada aras 0.05 (p=0.000), perkaitan antara jarak rumah ke tempat kerja dengan tempoh terlibat kesesakan lalu lintas menunjukkan nilai khi kuasa dua sebanyak 227.568 dan signifikan pada aras 0.05 (p=0.000). Sejumlah 208 responden terganggu emosi semasa berhadapan dengan kesesakkan lalu lintas, manakala 150 menyatakan masih boleh bersabar. Seramai 359 responden menyatakan tidak selesa ke tempat kerja sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas.Kajian merumuskan bahawa kajian keselesaan ke tempat kerja wajar digunakan sebagai penunjuk kualiti hidup masyarakat di bandar, berdasarkan konflik-konflik yang dialami penduduk di bandar semasa berinteraksi ke tempat bekerja.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kualiti hidup; tempat bekerja; ketidakselesaan; persepsi penduduk
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:33
Last Modified: 13 Aug 2018 03:33
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9634
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item