UTHM Institutional Repository

Keberkesanan penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi tajuk akaun penamat dan kunci kira-kira mata pelajaran perakaunan awalan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah, Jitra Kedah

Nayan, Nirwani (2003) Keberkesanan penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi tajuk akaun penamat dan kunci kira-kira mata pelajaran perakaunan awalan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah, Jitra Kedah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_KEBERKESANAN_PENGGUNAAN_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI_BAGI_TAJUK_AKAUN_PENAMAT_DAN_KUNC.pdf

Download (3MB)
[img] Text (Full Text)
KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI TAJUK AKAUN PENAMAT DAN KUNCI KIRA-KIRA MA full.pdf

Download (53MB)

Abstract

Kajian ini menggunakan modul pembelajaran kendiri sebagai penilaian terhadap gaya pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap modul pembelajaran, mengetahui kewujudan peningkatan keberkesanan pembelajaran dalam kelas, mengetahui suasana sebenar menggunakan modul dan mendapatkan maklum balas pensyarah terhadap modul yang dihasilkan. Kajian akan dijalankan ke atas para pelajar diploma Akauntansi daripada Politeknik Muad'zam Shah. Responden terdiri daripada 31 orang pelajar semester 1 yang sedang mengikuti mata pelajaran Perakaunan Awalan (P 101) pada sesi 2003/2004. Kajian ini akan melaporkan hasil kajian yang diperolehi dalam mata pelajaran ini dibawah tajuk Akaun Penamat Dan Kunci Kira-Kira. Penilaian modul ini dilakukan ke atas pelajar dan pensyarah dengan menggunakan kaedah borang soal selidik, pemerhatian, teknik pengujian dan temu bual. Dua pendekatan digunakan untuk mendapatkan data iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif digunakan untuk menganalisis data bagi mendapatkan persepsi pelajar terhadap modul pembelajaran ini. Sementara itu, teknik pengujian bagi pra-ujian dan pos-ujian dilakukan untuk menguji kefahaman dan penguasaan pembelajaran pelajar berdasarkan skor markah yang diperolehi. Manakala pendekatan kualitatif pula digunakan untuk mendapatkan data melalui pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian akan menunjukkan maklum balas daripada pelajar dan pensyarah terhadap keberkesanan penggunaan modul pembelajaran kendiri yang akan dihasilkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 20 Apr 2011 01:59
Last Modified: 10 Nov 2019 00:47
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/967
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year