UTHM Institutional Repository

Perlaksanaan dan keberkesanan kaedah lattice dalam pengajaran kemahiran matematik: satu kajian kes di sekolah rendah

Ku, Poh Li and Lim , Soon Chong Johnson (2018) Perlaksanaan dan keberkesanan kaedah lattice dalam pengajaran kemahiran matematik: satu kajian kes di sekolah rendah. Online Journal of TVET Practitioners, 1 (1). ISSN 2289-7410

[img]
Preview
PDF
36.pdf

Download (366kB)

Abstract

Dalam pendidikan matematik, penguasaan pendaraban nombor merupakan salah satu kemahiran penting untuk matapelajaran matematik di sekolah rendah. Seandainya murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran ini pada peringkat awal pembelajaran matematik, mereka bakal menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam penguasaan kemahiran seterusnya yang memerlukan kemahiran pendaraban sebagai asas. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan perlaksanaan kaedah Lattice dalam membantu meningkatkan kemahiran asas pendaraban, yang melibatkan pendaraban nombor dua dan tiga digit. Rekabentuk kajian yang digunakan ialah kajian kuasi-experimental yang melibatkan sampel murid sebanyak 15 orang murid darjah empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Cheng, Batu Pahat, Johor. Ujian Pra dan Pos telah dilakukan bagi membandingkan tahap pencapaian sampel kajian sebelum dan selepas rawatan menerusi empat sesi intervensi. Secara keseluruhannya, hasil kajian telah mendapati peningkatan purata skor sebanyak 42.67 peratus selepas rawatan dengan penggunaan kaedah Lattice. Kesimpulannya, kaedah Lattice merupakan kaedah yang berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan kemahiran responden dalam topik pendaraban.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pendidikan matematik; kaedah lattice; STEM; kemahiran pendaraban
Subjects: L Education > L Education (General)
Q Science > QA Mathematics > QA101 Elementary mathematics. Arithmetic
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Dr. Soon Chong Johnson Lim
Date Deposited: 10 Jan 2018 08:40
Last Modified: 10 Jan 2018 08:40
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9674
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year