UTHM Institutional Repository

Sistem inventori makmal komputer Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma, UTHM (e-VENTORI)

Roslan, Rosfuzah and Khamsa, Syaza Nazurah and Rokashah, Nurul Shahida Azwa and Othman, Siti Azlin (2017) Sistem inventori makmal komputer Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma, UTHM (e-VENTORI). In: Teknologi Maklumat & Aplikasi. Penerbit UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, pp. 52-59. ISBN 9789673542154

Full text not available from this repository.

Abstract

Setiap organisasi kecil ataupun besar perlu peka dan bijak dalam menguruskan inventori mereka. Pengurusan yang bersistematik dan efisien dalam menguruskan inventori memberi manfaat bukan sahaja dari aspek pengurusan malah aspek lain seperti mengurang kos perbelanjaan dan pengeluaran organisasi. Thomas C. Harrington di dalam artikelnya berkaitan Implementing an Effective Inventory Management System[1] menekankan aspek kawalan sebagai elemen penting dalam pengurusan inventori yang efektif. Pada masa kini, makmal komputer di Jabatan Teknologi Maklumat (JTM),Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menggunakan kaedah tradisional dalam menyimpan maklumat peralatanperalatan makmal komputer baru dan lama ke dalam Microsoft Excel. Mengikut prosedur asal, penolong juruteraakan menyimpan semua maklumat tentang peralatan makmal komputer di dalam fail-fail yang telah disusun mengikut jenis makmal komputer. Penghapusan maklumat juga dilakukan secara manual. Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan ini mengundang kepada kemungkinan berlakunya kehilangan borang-borang maklumat, kertas-kertas maklumat dan juga menyukarkan capaian data tepat. Sistem ini membantu penolong jurutera makmal komputer untuk mengetahui jumlah terkini peralatan makmal komputer dengan hanya menggunakan fungsi penjanaan laporan maklumat yang dikehendaki dalam sistem ini. Dalam usaha untuk memperbaiki dan meningkatkan penggunaan teknologi dalam persekitaran pengurusan inventori berkomputer sepenuhnya, sistem inventori yang dinamakan e-VENTORI telah dibangunkan. Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil kerja penolong jurutera makmal komputer kerana para penolong jurutera hanya perlu membuat penyimpanan, penghapusan, serta pengemaskinian maklumat dengan hanya menggunakan sistem ini.

Item Type: Book Section
Subjects: T Technology > T58.5-58.64 Information technology
Divisions: Centre of Diploma Studies > Department of Information Technology
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 11 Jan 2018 06:36
Last Modified: 11 Jan 2018 06:36
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9675
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item