UTHM Institutional Repository

Analisis tren semasa demografi personel penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia

A. Rahman, M. A. and Akasah, Z. A. and Zuraidi, S. N. F. (2011) Analisis tren semasa demografi personel penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia. Journal of Surveying, Construction and Property (JSCP), 2. pp. 29-37. ISSN 19857527

Full text not available from this repository.

Abstract

Personel penyenggaraan merupakan antara keperluan sumber terpenting bagi sesebuah organisasi penyenggaraan. Tanpa personel penyenggaraan adalah mustahil kerja-kerja penyenggaraan sesebuah bangunan itu dapat dilaksanakan. Walaubagaimanapun, tinjauan literatur mendapati bahawa kebanyakkan personel penyenggaraan hari ini terdiri daripada kalangan yang tidak terlatih serta tidak berkelayakan. Jesteru itu, kajian ini dilakukan bagi mendapatkan tren semasa demografi personel penyenggaraan dalam praktis pengurusan penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia. Instrumen kajian berupa set soalselidik dan diedarkan kepada setiap personel penyenggaraan yang terlibat dari beberapa buah bangunan warisan terpilih. Hasil kajian mendapati kurang satu pertiga daripada bilangan personel yang terlibat mempunyai kelayakan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bangunan warisan. Ini membuktikan bahawa praktis penyelenggaraan hari ini tidak dilakukan oleh personel yang benar-benar berkelayakan. Kajian ini diharap dapat memberi gambaran semasa berkenaan dengan praktis penyenggaraan bangunan warisan dan seterusnya membuka ruang untuk penambahbaikan di masa hadapan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Bangunan warisan; penyenggaraan; personel; tren demografi
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH3301-3411 Maintenance and repair
Divisions: Faculty of Engineering Technology > Department of Civil Engineering Technology
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:33
Last Modified: 13 Aug 2018 03:33
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9678
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item