UTHM Institutional Repository

Model klasifikasi bagi pejabat binaan khas di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur

Mohd Safian, Edie Ezwan (2009) Model klasifikasi bagi pejabat binaan khas di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24_Pages_from_MODEL_KLASIFIKASI_BAGI_PEJABAT_BINAAN_KHAS_DI_KAWASAN_SEGI_TIGA_EMAS_KUALA_LUMPUR-2.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
MODEL KLASIFIKASI BAGI PEJABAT BINAAN KHAS DI KAWASAN SEGI TIGA EMAS KUALA LUMPUR full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (40MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah model yang realistik bagi mengklasifikasi pejabat binaan khas di kawasan Tiga Segi Emas di Kuala Lumpur. Klasifikasi pejabat binaan khas merupakan asas penilaian kepada pembangunan indikator terhadap prestasi pasaran harta tanah komersial di negara ini, khususnya indeks harga semasa pejabat dan juga sewaan. Kajian yang dilaksanakan ini memfokuskan kepada satu kumpulan kes kajian yang mengandungi 41 buah pejabat binaan khas yang terletak di kawasan Segi Tiga Emas, Kuala Lumpur. Dalam kajian ini, ciri-ciri dan kriteria yang digunakan sebagai asas untuk ranking dan mengklasifikasi pejabat binaan khas telah dikumpulkan di bawah enam kriteria iaitu persembahan, pengurusan, kefungsian, perkhidmatan, laluan dan peredaran selia kemudahan. Selain itu, penilaian juga telah dilakukan ke atas kekuatan dan kelemahan model klasifikasi pejabat binaan khas yang digunakan di pasaran global dan juga tempatan. Aplikasi Analytical Hierarchy Prose (AHP) sebagai kaedah yang kukuh bagi membangunkan model klassifikasi bangunan pejabat binaan khas, juga telah dibincangkan di dalam kajian ini. Model klasifikasi berasaskan Analytical Hierarchy Process (AHP) yang telah dibangunkan di dalam kajian ini merupakan instrumen yang boleh diaplikasi sebagai panduan dalam usaha untuk memenuhi kehendak dan keperluan peselia pasaran haJia tanah. Sebagai kesimpulan, kajian ini telah membuktikan bahawa model klasifikasi pejabat binaan khas yang baru dibangunkan ini berupaya menyediakan instrumen yang lebih baik untuk menilai kualiti bangunan pejabat, iaitu merupakan model klasifikasi pejabat binaan khas yang berkesan untuk diaplikasikan di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD2321-4731 Industry
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 20 Apr 2011 02:58
Last Modified: 15 Jan 2020 02:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/980
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year