UTHM Institutional Repository

Membina dan menilai modul pembelajaran kendiri bagi topik kemasiapan perabot di Kolej Komuniti Segamat

Alias, Asmalila (2003) Membina dan menilai modul pembelajaran kendiri bagi topik kemasiapan perabot di Kolej Komuniti Segamat. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img] Text
24_Pages_from_MEMBINA_DAN_MENILAI_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI_BAGI_TOPIK_KEMASIAPAN_PERABOT_DI_KOLE.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
MEMBINA DAN MENILAI MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI TOPIK KEMASIAPAN PERABOT DI KOLEJ KOMUNITI SEG full.pdf

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan adalah untuk membina dan menilai modul pembelajaran kendiri bagi topik Kemasiapan Perabot di kalangan pelajar Semester 2 jurusan Penyelenggaraan Bangunan yang terdapat di Kolej Komuniti Segamat. Di samping itu, kajian ini terbahagi kepada empat persoalan kajian yang menjurus kepada penilaian produk yang dihasilkan. Kajian yang dijalankan melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklum balas responden. Seramai 36 responden telah dipilih dan ini mewakili populasi yang terdapat di Kolej Komuniti Segamat. Hasil kajian yang telah dianalisis menggunakan peri sian Statistical Package For Social Science Version 10.0 menunjukkan terdapat kecenderungan di kalangan responden untuk mempelajari topik kemasiapan perabot menggunakan modul pembelajaran kendiri secara CD interaktif. Selain daripada itu responden mendapati isi pelajaran yang dimuatkan adalah bersesuaian dengan kursus yang dianjurkan. Bagi strategi pengajaran pula, responden benar-benar bersetuju dengan strategi pengajaran yang disampaikan, manakala persembahan pengajaranjuga dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari topik Kemasiapan Perabot. Secara keseluruhannya pembentukan modul pembelajaran menggunakan CD interaktif sememangnya dapat menarik minat pelajar untuk lebih memahami sesuatu pelajaran dan seterusnya menguasai pembelajaran dengan berkesan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Apr 2011 04:12
Last Modified: 06 Nov 2019 02:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/981
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year