UTHM Institutional Repository

Pendekatan penilaian untuk analisa cerun tanah

Zainal Abidin, Mohd Hazreek (2006) Pendekatan penilaian untuk analisa cerun tanah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF
24_Pages_from_PENDEKATAN_PENILAIAN_UNTUK_ANALISA_CERUN_TANAH.pdf

Download (1MB)

Abstract

Teori Mekanik Tanah telah memprabikkan kaedah menganalisa cerun dengan menggunakan nilai-nilai seperti c' and '0'. Namun bagi sesetengah kes, keputusan'yang diperolehi masih lagi tidak berapa tepat. Pada kebanyakan kes, para jurutera awam telah merekabentuk cerun sehingga nilai Fabor Keselamatan 1.5 atau lebih tetapi masih lagi terdapat cerun yang gagaJ. Keadaan ini membubikan bahawa parameter rekabentuk yang sedia ada masih tidak mencukllpi dalam analisa. Maka dalam kajian ini, Kaedah Mekanik Tanah telah digunakan untuk membandingkan keputusan analisanya dengan Kaedah Kejuruteraan Geologi. Kajian ini dijalankan untuk menyiasat parameter lain yang berkaitan yang perlu dipertimbangkan dalam merekabentuk sesuatu cerun. Data-data yang diperlukan telah diperolehi dari tapak (Gunung Pulai) dan makmal seterusnya digunakan dalam kedua-dua kaedah analisa. Keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua analisa menunjukkan beberapa perbezaan dari segi kestabilan. Pengaruh kekar relik yang tidak diambil kira dalam analisa kaedah Mekanik Tanah telah dikenal pasti sebagai salah satu fak10r utama yang menyebabkan keputusan yang dihasilkan melalui kaedah ini menjadi kllrang tepat. Pengaruh kekar relik ini sebaliknya merupakan suatu elemen utama dalam analisa Kejuruteraan Geologi justeru menghasilkan keputusan yang dikehendaki berbanding Kaedah Mekanik Tanah. Setiap kaedah mengambil kira parameter yang berbeza untuk dianalisa justeru mencadangkan fabor-faktor yang berlainan dalam mempengaruhi kestabilan sesuatu cerun. Maka, adalah lebih baik jika analisa kestabilan cerun dilakLlkan melalui kedua-dua kaedah (Mekanik Tanah dan Kejuruteraan Geologi) bagi cerun yang mempunyai kekar relik. lni disebabkan kerana kedua-dua kaedah ini akan mengambil pendekatan yang berbeza dalam analisa yang diperlukan bagi sesuatu cerun yang mempunyai kekar relik justeru dapat menghasilkan keputusan yang lebih tepat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 20 Apr 2011 04:01
Last Modified: 29 Apr 2011 06:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/988
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year