UTHM Institutional Repository

Implikasi pentafsiran Nasr Hamid Abu Zayd terhadap isu wanita dalam al-Qur’an

Zainol, Nur Zainatul Nadra and Abdul Majid, Latifah and Abd Kadir, Muhd Najib (2015) Implikasi pentafsiran Nasr Hamid Abu Zayd terhadap isu wanita dalam al-Qur’an. Islamiyyat, 37 (2). pp. 153-161. ISSN 01265636

Full text not available from this repository.

Abstract

Ulama tafsir telah bersepakat tentang metode untuk mentafsirkan al-Qur’an, namun Nasr Hamid Abu Zayd telah menganjurkan metode tafsir moden dengan mengaplikasikan hermeneutik kerana beliau berpendapat metode tersebut ialah metode terbaik untuk mentafsirkan al-Qur’an. Angggapan Abu Zayd adalah berdasarkan al-Qur’an perlu ditafsirkan kepada konteks sejarah dan budaya semasa. Metode tafsir Abu Zayd telah menimbulkan polemik dalam dunia Islam. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti metode tafsir Abu Zayd dan menganalisis implikasi metode tersebut terhadap isu-isu berkaitan dengan wanita. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan yang terdiri daripada karya Abu Zayd untuk mengeluarkan kaedah pentafsirannya. Hasil pentafsiran Abu Zayd dibandingkan dengan pendapat mufassir. Hasil kajian mendapati metode pentafsiran Abu Zayd bersifat relatif serta memberi polemik besar terhadap isu wanita.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Nasr Hamid Abu Zayd; pemikir moden; tafsir; hermeneutik; isu wanita
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP100-134 Koran
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:20
Last Modified: 13 Aug 2018 03:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9949
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item