UTHM Institutional Repository

Minat, sikap dan kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

S. Hashim, Sharipah Khadijah (2001) Minat, sikap dan kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_MINAT,SIKAP_DAN_KESEDIAAN_GURU_TERHADAP_PENGGUNAANKOMPUTER_DALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMB.pdf

Download (702kB)
[img] Text (Full Text)
MINAT,SIKAP DAN KESEDIAAN GURU TERHADAP PENGGUNAANKOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN full.pdf

Download (3MB)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau sejauhmana minat, sikap dan kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti jenis - jenis perisian komputer yang diminati. Seramai 36 orang guru dari Sekolah Menengah Teknik Temerloh, Pahang telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Statistik deskriptif telah digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data berdasarkan minat, sikap dan kesediaan guru terhadap penggunaan komputer. Hasil kajian menunjukkan pada keseluruhannya, walaupun guru-guru mempunyai minat dan bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi sikap yang ditunjukkan oleh mereka adalah negatif. Selain daripada itu, hasil kajian ini juga mendapati bahawa jenis perisian komputer yang lebih diminati ialah penyelesaian masalah, latih tubi dan penilaian berbanding jenis tutorial, simulasi dan permainan tutorial. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan minat, sikap dan kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah kerajaan atau swasta, dan badanbadan korporat seharusnya dapat memainkan peranan penting dengan menyediakan program-program atau latihan yang bersesuaian bagi guru-guru dan bilangan komputer yang lebih banyak disediakan di sekolah-sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 20 Apr 2011 01:55
Last Modified: 10 Nov 2019 01:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/999
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year