Model konsep integriti ke arah peningkatan kualiti penilaian rakan (peer assessment)

Zainal Abidin, Noor Atikah (2019) Model konsep integriti ke arah peningkatan kualiti penilaian rakan (peer assessment). Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24 p NOOR ATIKAH ZAINAL ABIDIN.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
NOOR ATIKAH ZAINAL ABIDIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (12MB) | Request a copy
[img] Text (Copyright Declaration)
NOOR ATIKAH ZAINAL ABIDIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (10MB) | Request a copy

Abstract

mereka dalam sesuatu tugasan. Namun, penilaian rakan ini kurang diamalkan di institusi pengajian tinggi kerana kualiti penilaian ini masih diragui terutamanya dari aspek integriti pelajar sebagai penilai. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan satu model integriti ke arah peningkatan kualiti penilaian rakan. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk multiphase yang terdiri daripada tiga (3) fasa. Pada fasa I (Analisis dokumen dan temu bual), dokumen daripada tahun 2010 hingga 2018 telah digunakan dan temu bual daripada enam (6) pakar dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) telah memperoleh tiga (3) elemen integriti iaitu, Integriti Diri (Motivasi diri, keberanian, disiplin diri, dan ketelusan), Interaksi Sosial (Kejujuran, keadilan, konsisten, amanah, dan perpaduan), dan Komitmen Kerja (Usaha, tanggungjawab, dan etika). Bagi fasa II (Pembangunan instrumen) pula, teknik Modified Delphi (MD) digunakan bagi memperoleh konsensus daripada pakar mengenai item-item yang dibina. Hasil daripada persetujuan pakar MD terdapat 90 item digunakan dalam kajian rintis I dan dianalisis menggunakan Winsteps; dan 19 item telah disingkirkan. Seterusnya, Kajian rintis II dijalankan bagi tujuan mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan item yang digunakan menggunakan Exploratory Factor Analysis (EFA). Hasil analisis EFA mendapati 3 item bertindih dan disingkirkan bagi menjalankan fasa akhir. Pada Fasa III (Pembangunan model), sebanyak 543 soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan Structural Equation Modelling (SEM-AMOS). Hasil Miximum Likelihood Estimates menunjukkan nilai C.R > ± 1.96 bagi pekali regresi antara integriti dan kualiti penilaian adalah positif dan signifikan (β = 0.85, C.R = 12.558, p < 0.001). Ini menggambarkan bahawa integriti mempengaruhi kualiti penilaian. Manakala, kesediaan memperuntukkan masa merupakan partial mediator (rc= 0.23) yang sederhana penting kepada integriti dan kualiti penilaian rakan secara tidak langsung. Namun, jantina merupakan full moderator kepada kesan integriti terhadap kualiti penilaian rakan kerana pelajar perempuan mendapatkan nilai Δχ2 = 16.754 lebih besar daripada 3.84 berbanding dengan lelaki iaitu nilai Δχ2 = 3.218. Model integriti boleh dijadikan sebagai satu model panduan yang digunakan oleh pensyarah bagi mengaplikasikan penilaian rakan secara sistematik dan meramalkan kemungkinan yang akan berlaku semasa aktiviti penilaian ini dijalankan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 22 Jun 2021 07:56
Last Modified: 22 Jun 2021 07:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/100

Actions (login required)

View Item View Item