Pengislaman masyarakat Bulghar : Sejarah dan kesan

Halim, Harliana and Yusoff, Kamaruzaman and Ahmad, Shakila and Abdullah , Abdul hafiz (2017) Pengislaman masyarakat Bulghar : Sejarah dan kesan. In: The First International Conference on Current Trends in the Middle East (ICCTME 2017), May 2017, Middle East.

Full text not available from this repository.

Abstract

Masyarakat Bulghar dalam sejarah merupakan masyarakat padang rumput yang hidup di kawasan segitiga pertemuan Sungai Volga-Kama dalam wilayah Rusia pada hari ini. Kewujudan masyarakat Bulghar ini telah menyumbang kepada pembinaan ketamadunan Eropah di Rusia. Para sejarawan berpandangan kecemerlangan dan kegemilangan masyarakat Bulghar mempunyai perkaitan dengan faktor pengislaman masyarakat tersebut. Bagaimanapun, terdapat segelintir sejarawan Barat yang menolak faktor Islam sebagai momentum utama pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Bulghar. Justeru penulisan ini disusun untuk membincangkan pertamanya ialah sejarah dan latar belakang pengislaman masyarakat Bulghar dan keduanya ialah bertujuan untuk memperjelaskan kesan pengislaman tersebut terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat Bulghar. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Oleh itu pengumpulan data dilakukan melalui kaedah penyelidikan perpustakaan. Fakta-fakta kajian yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis melalui kaedah analisis teks dan perbandingan dokumen sebagai pengukuhan kepada aplikasi kaedah induksi dan deduksi. Berdasarkan dapatan kajian, dapatlah disimpulkan bahawa pengislaman masyarakat Bulghar sebenarnya merupakan faktor utama yang membawa kepada kemajuan dan pembangunan masyarakat itu sendiri. Bahkan pembangunan dan kemajuan masyarakat Bulghar dicapai dalam semua aspek kehidupan merangkumi politik, ekonomi dan juga pembangunan sosial.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Bulghar; Islam; tamadun; pembangunan; pencapaian
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP50-68 History
ID Code:10054
Deposited By:Student Praktikal UiTM
Deposited On:13 Aug 2018 11:29
Last Modified:13 Aug 2018 11:29

Repository Staff Only: item control page