Gaya kepimpinan pengetua dan pengaruhnya ke atas perkongsian pengetahuan guru

Ka Mei, Wong and Othman, Muhammed Fauzi and Othman, Muhammad Fuad (2017) Gaya kepimpinan pengetua dan pengaruhnya ke atas perkongsian pengetahuan guru. In: Seminar kelestarian perkhidmatan awam bersempena dengan 60 tahun Malaysia merdeka.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://eprints.utm.my/id/eprint/70930/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya kepimpinan pengetua dan pengaruhnya ke atas perkongsian pengetahuan guru di daerah Kluang, Johor. Kepimpinan transformasi dan perkongsian pengetahuan merupakan antara fokus terpenting dalam kajian-kajain perkongsian pengetahuan dewasa ini. Pengetua memainkan peranan penting untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan guru yang akan membawa manfaat kepada pelajar dan seterusnya meningkatkan prestasi sekolah. Penyelidikan kuantitatif telah menggunakan instrumen Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) oleh Bass (1995) dan “The Knowledge Management Assessment Tool (KMAT)” yang dibina oleh American Productivity & Quality Center and Arthur Andersen (1995). Soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang guru untuk menilai gaya kepimpinan pengetua mereka dan tahap perkongsian pengetahuan guru. Data yang dikumpul dianalisis melalui Statistical Package for Social Sciences (SPSS 22). Kajian menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi dan perkongsian pengetahuan berada pada tahap yang tinggi. Kesemua dimensi dalam kepimpinan transformasi dan perkongsian pengetahuan mencatat min yang tinggi. Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan hubungan korelasi antara kepimpinan transformasi dengan perkongsian pengetahuan adalah rendah tetapi hubungan yang signifikan positif (r=0.202). Ini mengindikasikan bahawa meskipun perkongsian pengetahuan adalah tinggi dalam kalangan guru, namun kepimpinan transformatif pengetua (yang dipersepsikan berada pada tahap tinggi) tidak benar-benar mempengaruhi perkongsian pengetahuan guru. Sebaliknya, faktor individu seperti tahap minat guru lebih memainkan peranan dalam mempengaruhi perkongsian pengetahuan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Speech)
Uncontrolled Keywords:kepimpinan transformasi; perkongsian pengetahuan
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
ID Code:10058
Deposited By:Student Praktikal UiTM
Deposited On:13 Aug 2018 11:29
Last Modified:13 Aug 2018 11:29

Repository Staff Only: item control page