Nilai “perkauman/kemasyarakatan” sebagai alat pembangunan Soeharto di Indonesia

Jaes, Lutfan and Ismail, Fadillah and Damin, Zahrul Akmal and Ani, Fauziah and Suhaimy, Khairul Azman (2017) Nilai “perkauman/kemasyarakatan” sebagai alat pembangunan Soeharto di Indonesia. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017) The Mudzaffar Hotel, Melaka, 01-02 November 2017, 01-02 November 2017, The Mudzaffar Hotel, Melaka.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kertas kerja ini memerihalkan Soeharto dan sistem nilai. Ia melihat peranan akal budi tempatan (local wisdom) sebagai nilai teras dalam membentuk watak kepimpinan seterusnya corak pembangunan Soeharto di Indonesia. Satu (1) penggal pemerintahan beliau dijadikan kajian untuk mengenal pasti, menyenaraikan dan menjelaskan sumber akal budi tempatan yang dominan. Metod penganalisisan ialah analisis kandungan dengan menghuraikan rangkaian teks “Pidato Akhir Tahun”, “Pidato Kenegaraan” dan “Ucapan Partai”. Analisis awal pada mulanya melihat keutamaan nilai di setiap rangkaian teks yang disampaikan. Kemudian petikan kata setiap “perenggan teks” dianalisis lebih teliti bagi tujuan pengelompokan dimensi-dimensi (Dimensi Nilai) tertentu merujuk kepada perbahasan Nilai Asia. Perenggan teks di baca pada kali yang akhir bagi mengenal pasti nilai-nilai terbitan yang terhasil dari setiap Dimensi Nilai. Pengekodan data dilakukan dengan bantuan perisian Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation (ATLAS).ti versi 7. Didapati bahawa Soeharto menjadikan siri rangkaian “Pidato Kenegaraan” sebagai siri utama dalam menyampai mesej nilai kepada rakyatnya. Walaubagaimanapun dimensi nilai “perkauman/kemasyarakatan” hanyalah dimensi nilai ketiga penting dalam penyampaian mesej pembangunan. Ini dilihat kurang signifikan berbanding ekspresi akal budi Jawa di sepanjang pemerintahannya. Manakala nilai terbitan “Kesatuan/Persatuan” dan nilai terbitan “Aman/Damai/Makmur/Sejahtera/Harmonis” merupakan nilai paling kerap dikemukakan dalam dimensi nilai tersebut. Di akhir kertas kerja ini, satu penjelasan terhadap aplikasi nilai dalam kepimpinan dan pembangunan Soeharto diperoleh. Kesimpulannya, pemimpin dengan manipulasi akal budi nilai tempatan mampu mencorak pembangunan yang lebih pragmatik dan berkesan. Pembugaran nilai budaya akal budi tempatan menjadi faktor penggerak kemajuan signifikan kepada

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Soeharto; Sistem nilai; Akal budi tempatan; Perkauman/Kemasyarakatan
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
ID Code:10062
Deposited By:Student Praktikal UiTM
Deposited On:13 Aug 2018 11:29
Last Modified:13 Aug 2018 11:29

Repository Staff Only: item control page