Usaha pembinaan pusat jagaan Darul Wardah, Johor berdasarkan neraca Maqasid Syari’ah

Ahmad, Shakila and Halim, Harliana and Syed Abu Bakar, Sharifah Khadijah and M. Khalid, Halimi and Zainol, Nur Zainatul Nadra and Saparudin, Intan Farhana and Ani, Fauziah (2017) Usaha pembinaan pusat jagaan Darul Wardah, Johor berdasarkan neraca Maqasid Syari’ah. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017) Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1– 2 November 2017, 1– 2 November 2017, Ayer Keroh, Malacca, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Pusat Jagaan Darul Wardah, Johor (DW) telah diwujudkan pada tahun 2014 bertujuan untuk memberi perlindungan sementara, sokongan moral dan pemulihan dari segi akidah, emosi dan spiritual kepada wanita Islam serta membimbing mereka untuk kembali kepada kehidupan Islam yang syumul. Namun begitu, usaha merealisasikan kewujudan serta melaksanakan aktiviti DW menghadapi persepsi negatif daripada segelintir pihak dalam masyarakat. Ini kerana usaha tersebut dilihat sebagai satu bentuk pembelaan terhadap kelompok wanita dan remaja yang dikategorikan sebagai pelaku jenayah dan berdosa. Bagaimanapun, usaha pembinaan rumah perlindungan dan pemulihan wanita seperti DW sebenarnya merupakan satu keperluan dalam masyarakat yang selari dengan Maqasid Syariah melalui pemeliharaan ḍarūriah al-khamsah. Justeru kertas kerja ini dirangka bertujuan untuk menjelaskan hubungan Maqasid Syariah melalui pemeliharaan ḍarūriah alkhamsah dengan matlamat pembinaan, pelaksanaan aktiviti dan proses pemulihan di DW. Penulisan kertas kerja ini menggunakan pendekatan kajian perpustakaan, penganalisaan ke atas data yang diperolehi daripada rekod DW, temubual serta lawatan ke lapangan. Hasil daripada penulisan ini diharapkan mampu memperjelaskan kepada masyarakat kedudukan usaha ini dari perspektif syariah Islamiah serta mengubah persepsi negatif mereka terhadap kewujudan rumah perlindungan dan pemulihan wanita. Di samping itu, kertas kerja ini juga diharapkan sedikit sebanyak akan mampu menyuntik rasa endah masyarakat untuk sama-sama mengembeling tenaga dalam kerjakerja kesukarelawanan khususnya menyokong rumah perlindungan dan pemulihan wanita sebagai satu usaha bagi mencapai kelestarian insan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Darul Wardah; Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita; Maqasid Syariah; Ḍarūriah al-Khamsah
Subjects:H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
ID Code:10063
Deposited By:Student Praktikal UiTM
Deposited On:13 Aug 2018 11:29
Last Modified:13 Aug 2018 11:29

Repository Staff Only: item control page