Disiplin asas pembinaan mahasiswa berintagriti: Pengukuran melalui kaedah biofeedback

Hamzah, Shahidah and Jaes, Lutfan and Abdul Wahab, Muhammad Nubli (2017) Disiplin asas pembinaan mahasiswa berintagriti: Pengukuran melalui kaedah biofeedback. In: Disiplin asas pembinaan mahasiswa berintagriti: Pengukuran melalui kaedah biofeedback.

Full text not available from this repository.

Abstract

Secara umumnya, bagi mencapai status negara maju tahap kesejahteraan masyarakat perlu berada ditahap yang tinggi. Ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Pembudayaan nilai disiplin merupakan salah satu penekanan bagi menjayakan hasrat tersebut. Disiplin merupakan suatu jenis latihan yang melahirkan individu supaya menjadi insan yang berakhlak mulia, berfikiran rasional, mematuhi undang-undang, menghormati hak individu lain, bertanggungjawab serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Pelbagai langkah telah dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan nilai disiplin individu. Persoalannya adakah fungsi yang dimainkan ini berjaya meningkatkan tahap disiplin di Malaysia?. Justeru, kajian ini bertujuan mengukur tahap disiplin individu menggunakan sifat skor spektrum kuasa Heart Rate Variability (HRV) dan kitaran pernafasan. Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari mahasiswa telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Protokol biofeedback dijalankan ke atas peserta. Data yang diperoleh telah dianalisis untuk mengenalpasti perubahan tahap peningkatan disiplin dalam diri mereka melalui pengawalan emosi. Hasil dapatan mendapati peserta berjaya meningkatkan tahap pengawalan emosi melalui bacaan HRV.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Disiplin; Integriti; Biofeedback; Heart Rate Variability; Kitaran Pernafasan
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
ID Code:10065
Deposited By:Student Praktikal UiTM
Deposited On:13 Aug 2018 11:29
Last Modified:13 Aug 2018 11:29

Repository Staff Only: item control page