Hubungan tingkah laku kepimpinan ketua pendidikan yang dominan dengan kepuasan kerja pensyarah di politeknik

Saad, Shamsaadal Sholeh and Bosok, Fauziah and Damin, Zahrul Akmal and Othman, Hussain and Halim, Harliana and Hamzah, Shahidah (2017) Hubungan tingkah laku kepimpinan ketua pendidikan yang dominan dengan kepuasan kerja pensyarah di politeknik. In: Hubungan tingkah laku kepimpinan ketua pendidikan yang dominan dengan kepuasan kerja pensyarah di politeknik.

Full text not available from this repository.

Abstract

Terdapat banyak konflik yang terjadi di antara pensyarah dengan pihak pentadbiran organisasi di dalam sesebuah institusi pendidikan tinggi. Konflik yang berlaku adalah berpunca daripada perasaan tidak puas hati para pensyarah terhadap pelaksanaan dan pentadbiran yang dijalankan oleh pemimpin mereka. Kajian ini dijalankan ke atas pensyarah di beberapa buah politeknik iaitu Politeknik Johor Baharu, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Rekabentuk kajian adalah secara kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 257 orang pensyarah terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara rawak. Analisis Korelasi Pearson dan skor min digunakan untuk melihat hubungan di antara pembolehubah yang dikaji. Hasil dapatan kajian menunjukkan tingkah laku kepimpinan ketua yang dominan ialah mementingkan kualiti kerja dengan nilai min = 3.99. Tahap kepuasan kerja pensyarah secara keseluruhannya adalah tinggi iaitu min = 3.87. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara tingkah laku kepimpinan ketua yang dominan dengan kepuasan kerja pensyarah di politeknik iaitu r = 0.496. Kesimpulannya ketua di politeknik sangat mementingkan kualiti kerja dan mendapat sokongan pensyarah untuk menghasilkan produktiviti organisasi yang cemerlang. Ini dibuktikan dengan tahap kepuasan kerja yang tinggi dalam kalangan pensyarah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Tingkahlaku; ketua pendidikan; kepuasan
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions:Centre of Diploma Studies > Department of Civil Engineering
ID Code:10066
Deposited By:Student Praktikal UiTM
Deposited On:13 Aug 2018 11:29
Last Modified:13 Aug 2018 11:29

Repository Staff Only: item control page