Pembangunan persembahan elektronik berasaskan klip video dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Mohamed Hakke, Emi Satira Azrin (2004) Pembangunan persembahan elektronik berasaskan klip video dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1614Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau pembangunan persembahan elektronik berasaskan klip video dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Dalam kajian ini satu persembahan elektronik berasaskan klip video telah dihasilkan menerusi satu pendekatan yang sistematik. Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik yang sedang mengikuti kursus Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Komputer) di KUiTTHO. Kajian dibangunkan menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen melalui kaedah instrumentasi borang soal selidik. Maklum balas yang diperolehi menerusi borang soal selidik. dianalisa dalam bentuk statistik peratusan dan skor min menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Hasil dapatan kajian yang diperolehi mendapati responden mempersetujui pembangunan media ini kerana pelajar-pelajar dapat menerima penggunaan teknologi media sebagai alat bahan bantu mengajar serta penggunaan klip video di dalam sesuatu persembahan elektronik. Dengan itu . didapati persembahan elektronik berasaskan klip video boleh diterima dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Video tapes in education,Interactive video Study and teaching,
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:1014
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 12:15
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page