Sorotan histeria massa remaja Muslim di Malaysia

Saparudin, Intan Farhana (2016) Sorotan histeria massa remaja Muslim di Malaysia. Journal of Human Development and Communication, 5 . pp. 131-140. ISSN 22321535

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=...

Abstract

Histeria merupakan permasalahan sosial masyarakat yang sering didengari berlaku dalam komuniti. Gejala histeria yang berlaku sama ada secara individu atau kumpulan menunjukkan terdapat tekanan dalam kelompok atau mangsa yang membawa kepada ledakan psikologi yang ekstrim dan di luar kawalan. Histeria yang berlaku khusus dalam kalangan remaja di Malaysia kebanyakannya terjadi secara beramai-ramai atau berkumpulan. Gejala ini dikenali sebagai histeria massa atau histeria epidemik iaitu cetusan histeria yang melibatkan sekumpulan individu yang berkongsi keadaan tertekan dan emosi yang saling berhubung antara satu sama lain. Justeru dengan melihat kepada senario yang berlaku artikel ini ditulis untuk mengupas isu histeria massa dan menyoroti fenomena histeria dalam kalangan remaja Muslim di Malaysia. Kupasan isu ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan cara meneliti dokumen dan artikel berkaitan untuk mengenal pasti gejala histeria massa dalam kalangan remaja. Rumusan perbincangan mendapati histeria massa dalam kalangan remaja di Malaysia kebanyakannya bercorak mass motor hysteria (histeria massa motor) dengan orientasi tingkah laku ceraian (dissociative), iaitu tingkah laku fizikal ekstrim berbanding di Barat yang sering berbentuk mass anxiety hysteria (histeria massa kebimbangan).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Remaja; histeria massa motor; histeria massa kebimbangan
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP174-190 The practice of Islam
Divisions:Centre of General Studies and Co-curricula > Department of Islamic Studies
ID Code:10175
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:24 Jun 2018 10:37
Last Modified:24 Jun 2018 10:37

Repository Staff Only: item control page