Kesan pembelajaran berasaskan contoh kerja terhadap beban kognitif dan pencapaian akademik pelajar kejuruteraan elektrik

Yusof, Yusniza (2017) Kesan pembelajaran berasaskan contoh kerja terhadap beban kognitif dan pencapaian akademik pelajar kejuruteraan elektrik. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
392Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan contoh kerja terhadap jenis beban kognitif (intrinsic, extraneous dan germane), minat topikal, pengetahuan awal dan pencapaian akademik pelajar dalam pembelajaran kejuruteraan. Sehubungan itu, pengajaran contoh kerja berlandaskan kepada konsep dan Teori Beban Kognitif telah direkabentukkan untuk tujuan ini. Manakala, reka bentuk kuasi eksperimental kaedah ujian pra-pasca bagi kumpulan tidak seimbang telah digunakan dalam kajian ini. Sejumlah 82 pelajar Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dari tiga politeknik yang dipilih secara bertujuan terlibat sebagai responden kajian. Pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tiga jenis pendekatan pengajaran berasaskan contoh kerja yang berbeza, iaitu teknik contoh kerja sukar-mudah (n = 34) dan teknik contoh kerja mudah-sukar (n = 21) adalah mewakili kumpulan rawatan, manakala teknik contoh kerja standard pula mewakili kumpulan kawalan (n = 27). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini diuji melalui topik Transfer Function and Laplace Transform bagi Kursus Basic Control System. Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan kekerapan, skor min, ujian MANCOVA, ujian korelasi separa dan ujian regrasi pelbagai. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar adalah cenderung ke arah minat yang tinggi terhadap topik pembelajaran dan terbeban dengan beban kognitif intrinsic yang tinggi. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat kesan teknik pengajaran yang signifikan ke atas pencapaian akademik pelajar, beban kognitif extraneous dan beban kognitif germane. Bagi pencapaian akademik, wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan contoh kerja sukarmudah dan kumpulan kawalan, serta antara kumpulan contoh kerja mudah-sukar dan kumpulan kawalan. Sementara itu, terdapat perbezaan yang signifikan dalam beban kognitif extraneous pelajar antara kedua-dua kumpulan rawatan dalam kajian ini. Bagaimanapun, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi beban kognitif germane pelajar antara kumpulan kawalan dan teknik contoh kerja sukar-mudah, serta antara kedua-dua kumpulan rawatan. Oleh itu berdasarkan dapatan yang dibuktikan kajian ini, teknik pengajaran berasaskan contoh kerja mudah-sukar adalah disyorkan untuk diterapkan dalam proses pengajaran bagi membantu pelajar menguasai ilmu kejuruteraan yang disampaikan dengan lebih berkesan.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK1-300 Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering
ID Code:10182
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:24 Jun 2018 09:37
Last Modified:24 Jun 2018 09:37

Repository Staff Only: item control page