Pembangunan modul pedagogi kelas berbalik berasaskan pembelajaran reflektif untuk politeknik premier

Ahmad, Zanariah (2017) Pembangunan modul pedagogi kelas berbalik berasaskan pembelajaran reflektif untuk politeknik premier. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
557Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pedagogi kelas berbalik berasaskan pembelajaran reflektif di politeknik premier untuk mengatasi masalah pelajar dalam menghubung kait kemahiran dengan pengetahuan. Metodologi kajian reka bentuk dan pembangunan yang dipelopori oleh Richey dan Klein (2014) telah digunakan dengan melibatkan tiga fasa kajian. Data fasa pertama, analisis keperluan, telah dikutip dengan menggunakan borang soal selidik terhadap 200 pelajar program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari tiga politeknik premier. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) version 21. Data untuk bahagian pertama dalam fasa kedua, peringkat reka bentuk modul telah dikutip dengan menggunakan teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan 23 orang panel pakar dalam bidang Kurikulum, Teknik dan Vokasional, Kejuruteraan Mekanikal, dan Teknologi Pengajaran. Analisis adalah berdasarkan respons pakar terhadap soal selidik yang menggunakan skala Likert Linguistik Fuzzy. Nilai ambangan d dihitung untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap semua item yang terdapat dalam soal selidik. Data untuk bahagian kedua dalam fasa kedua, peringkat pembangunan pula melibatkan pemurnian modul dari segi rancangan mengajar dan bahan pembelajaran dalam format video bagi topik daya vektor oleh empat orang panel pakar. Fasa ketiga menggunakan kaedah kuasieksperimental untuk menilai keberkesanan modul. Perbandingan pencapaian antara kumpulan rawatan dan kawalan telah dilaksanakan melalui pra-ujian dan pasca-ujian. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan bahawa pelajar mempunyai kemahiran dan akses kepada alatan teknologi dan komputer, serta mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dan e-pembelajaran.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:10220
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:02 Jul 2018 10:42
Last Modified:02 Jul 2018 10:42

Repository Staff Only: item control page