Pembangunan guru melalui latihan kurikulum 2013 di Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau

Muhammad Said, Khaeruddin (2017) Pembangunan guru melalui latihan kurikulum 2013 di Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
769Kb

Abstract

Kajian ini tentang Pembangunan guru melalui latihan Kurikulum 2013 di Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau Indonesia. Tujuan kajian Mengenalpasti komponen pembangunan guru melalui latihan kurikulum 2013 di kementerian agama provinsi kepulauan Riau dan membangunkan kerangka penambahbaikkan bagi pembangunan guru melalui latihan kurikulum 2013 di Kementerian Agama Kepulauan Riau. Dalam kajian ini menggunakan dua tahap iaitu kualitatif dan kuantitatif. Peringkat awal iaitu data yang diperolehi melalui kajian bersama pakar latihan iaitu sebanyak 8 orang. Peringkat kedua iaitu kajian pengesahan kerangka latihan dengan mengedarkan soal selidik kepada guru-guru yang pernah mengikuti latihan seramai 291 orang. Analisa data yang digunakan dalam kajian ini iaitu statistik deskriptif dan Statistik frekuansi dengan SPSS V. 22.0 dan Microsoft Excel di samping itu data juga dianalisa dengan uji model SEM Partial Least Square (PLS) V.2.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksana latihan perlu mempersiapkan bahan latihan dengan indikator iaitu; perubahan, rasional, standar kompetensi kelulusan dan kompetensi dasar, strategi pelaksanaan, konsep pembelajaran bersepadu tematik, konsep pendekatan saintifik, konsep penilaian, analisis buku guru dan buku pelajar, penyediaan rancangan pelajaran, penilaian reka bentuk pembelajaran. Bahan harus diringkas, modul harus jelas. Dalam tenaga pengajar, pelaksana latihan harus mempersiapkan narasumber dengan indikator; memberi contoh maklumbalas, peranan, memanggil nama-nama, mengurangkan definisi penjelasan, menjawab soalan-soalan, membuat keputusan, motivasi, meminta peserta umur lebih tua, mempunyai pengalaman luas, motivasi untuk peserta aktif, memberi hak tiap tiap peserta dan merekodkan kehadiran. Pada bahagian penilain dalam latihan, pelaksana mesti menilai peserta latihan dengan indikator ; merangkumi peperiksaan awal, peperiksaan akhir, sikap, pengetahuan dan Portfolio. Kajian ini dianggap sebagai sumbangan berharga kepada ilmu pengetahuan khasnya untuk panduan latihan guru di Kementerian Agama Provinsi Kepulauan Riau Indonesia dalam mencapai matlamat kurikulum 2013. Perlu ada kajian yang mengkur terhadap keberkesan kerangka pembangunan yang telah dirumuskan pada kajian ini.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:10252
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:13 Aug 2018 11:28
Last Modified:13 Aug 2018 11:28

Repository Staff Only: item control page