Potensi tanah gambut, batu kapur, zeolit dan karbon teraktif sebagai penjerap komposit untuk merawat larut resapan

Rosli, Mohd Arif (2017) Potensi tanah gambut, batu kapur, zeolit dan karbon teraktif sebagai penjerap komposit untuk merawat larut resapan. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
992Kb

Abstract

Matlamat utama kajian ini adalah untuk menghasilkan bahan komposit baharu yang terdiri daripada tanah gambut, batu kapur, zeolit dan karbon teraktif sebagai bahan mentahnya untuk menjerap ammonia-nitrogen (NH3-N) dan permintaan oksigen kimia (COD) secara serentak dari larut resapan stabil. Tahap kehidrofobikan (penolakan air) ditentukan melalui kaedah masa penembusan titik air (WDPT) dan sudut sentuhan air (WCA) untuk tanah gambut, batu kapur, zeolit dan karbon teraktif. Nisbah optimum dijalankan melalui ujikaji penjerapan kelompok. Simen Portland biasa (OPC) digunakan sebagai bahan pengikat sebanyak 40 peratus (mengikut berat). Tanah gambut dan karbon teraktif dikategorikan sebagai penjerap hidrofobik di mana nisbah optimum adalah 1.5:2.5. Batu kapur dan zeolit dikategorikan sebagai penjerap hidrofilik di mana nisbah optimum adalah 15:25. Nisbah optimum untuk penjerap hidrofobik dan hidrofilik telah dipilih sebagai 4:4 sesuai dengan tingkah laku penjerapan NH3-N dan COD ke atas penjerap. Pencirian penjerap komposit telah dilakukan dengan menggunakan pendarkilau sinar-x (XRF), spektroskopi inframerah transformasi (FTIR), mikroskop imbasan elektron (SEM), luas permukaan Brunauer Emmett Teller (BET), titratan Boehm dan pH di caj titik sifar (pHzpc). Analisis XRF bagi penjerap komposit menunjukkan kehadiran kalsium oksida dan silika oksida yang tinggi sebagai sebatian utama. Kumpulan-kumpulan berfungsi utama dalam penjerap komposit adalah O-H, N-H, O-C, C-N, C-O dan Si-O-Si. Analisis SEM mendedahkan bahawa penjerap komposit mempunyai permukaan liang yang heterogen dan kasar. Luas permukaan BET penjerap komposit adalah 105.96 m2/g. Kumpulan berfungsi permukaan jelas menunjukkan bahawa jumlah kumpulan asas lebih tinggi daripada jumlah kumpulan berasid. pHzpc untuk penjerap komposit adalah pada pH 11.25 di mana caj permukaannya adalah seimbang. Kesan kelajuan goncangan, masa sentuhan, pH, saiz partikel dan dos penjerap pada penyingkiran NH3-N dan COD telah diukur.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:T Technology > TS Manufactures > TS200-770 Metal manufactures. Metalworking
ID Code:10253
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:13 Aug 2018 11:28
Last Modified:13 Aug 2018 11:28

Repository Staff Only: item control page