Faktor-faktor mempengaruhi niat untuk berkongsi pengetahuan dalam kalangan staf akademik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abdul Aziz , Mohd Faisalluddin (2017) Faktor-faktor mempengaruhi niat untuk berkongsi pengetahuan dalam kalangan staf akademik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Pengetahuan merupakan satu sumber kritikal yang mampu memberikan kelebihan kompetitif bagi sesebuah organisasi. Dalam konteks institusi pengajian tinggi, pengetahuanyang dimiliki dapat menjadi pemangkin kepada percambahan pengetahuan baharu dan seterusnya menggalakkan budaya inovasi. Bagi sesebuah universiti, pencapaian mereka sering kali diukur berdasarkan kepakaran pengetahuan yang dimiliki oleh kakitangan mereka khususnya staf akademik. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi niat staf akademik untuk berkongsi pengetahuan (KSI) dengan bersandarkan kepada Teori Tingkahlaku Terancang (TPB) sebagai kerangka kajian. Faktor peramal yang digunakan dalam kajian ini adalah sikap individu, pengaruh organisasi dan efikasi kendiri. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti kesan antara faktor peramal dengan niat berkongsi pengetahuan, di samping mengenal pasti faktor yang paling mempengaruhi agar dapat diberi perhatian khusus oleh pihak organisasi dalam meningkatkan amalan perkongsian pengetahuan. Kajian kuantitatif ini dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), melibatkan 199 orang responden yang telah memberikan maklum balas terhadap borang tinjauan yang diedarkan secara e-mel. Penganalisisan data telah dilaksanakan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences 21.0 (SPSS). Pada keseluruhannya, kerangka kajian yang dicadangkan adalah diterima dengan kesemua hipotesis adalah disokong. Dapatan ini menunjukkan bahawa faktor sikap individu, pengaruh organisasi dan efikasi kendiri mempunyai kesan dalam mempengaruhi niat untuk berkongsi pengetahuan. Hasil kajian juga menunjukkan sikap individu merupakan faktor paling mempengaruhi terhadap niat untuk berkongsi pengetahuan. Dari sudut praktikal, kajian ini mendedahkan kepentingan mewujudkan sikap yang positif terhadap amalan perkongsian pengetahuan dalam meningkatkan amalan berkenaan di organisasi. Sumbangan teori pula meningkatkan pemahaman terhadap situasi yang berbeza dapat memberi kesan terhadap faktor peramal yang paling mempengaruhi niat sesuatu tingkah laku.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
ID Code:10271
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:13 Aug 2018 11:27
Last Modified:13 Aug 2018 11:27

Repository Staff Only: item control page