Pembangunan dan penilaian modul berbantukan komputer (MBK) bagi mata pelajaran Pengurusan Perniagaan (P 315) di politeknik

Mohamed Yusof, Azean Irdawaty (2003) Pembangunan dan penilaian modul berbantukan komputer (MBK) bagi mata pelajaran Pengurusan Perniagaan (P 315) di politeknik. Masters thesis, Fakulti Teknologi Kejuruteraan.

[img]
Preview
PDF
1812Kb

Abstract

Bagi merealisasikan hasrat pendidikan negara dalam mengoptimakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka penyelidik cuba meninjau tahap penggunaan modul berbantukan komputer (MBK) dalam mata pelajaran Pengurusan Perniagaan (P 315) di kalangan pelajar semester tiga Diploma Pemasaran, Politeknik Port Dickson. Seramai 46 orang responden telah dipilih bagi menjawab tiga persoalan kajian . Maklum balas melalui soal selidik pelajar telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0. Dalam persoalan kajian pertama, skor min keseluruhan yang diperolehi terhadap tahap penggunaan MBK Pengurusan Perniagaan P 315 dari aspek kesesuaian isi kandungan adalah pada tahap sangat baik iaitu 4.44. Manakala persoalan kajian kedua, pelajar turut bersetuju tahap persembahan pengajararan yang digunakan dalam MBK Pengurusan Perniagaan P 315 adalah sangat baik, dengan min keseluruhan 4.48. Seterusnya dalam persoalan kajian ketiga, skor min keseluruhan yang diperolehi adalah 4.56 menunjukkan satu dapatan keputusan yang baik terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam MBK ini. Di akhir bab kajian ini, beberapa pandangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan MBK melalui pembangunan perisian yang lebih mantap pada masa hadapan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
H Social Sciences > HF Commerce > HF1101-1186 Business education. Commercial education
ID Code:1033
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:19 Apr 2011 11:56
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page