Tinjauan kesesuaian perisian interaktif yang dibina berdasarkan papan cerita bagi topik Pengenalan Kepada Multimedia

Rosli, Norlini (2004) Tinjauan kesesuaian perisian interaktif yang dibina berdasarkan papan cerita bagi topik Pengenalan Kepada Multimedia. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1081Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesesuaian perisian multimedia interaktif yang dibangunkan berasaskan pada papan cerita yang telah dihasilkan oleh pengkaji. Tiga dimensi kriteria multimedia digunakan untuk menilai perisian multimedia iaitu kandungan perisian, strategi pembelajaran dan reka bentuk antara muka perisian ini. Dimensi-dimensi ini telah diubahsuai kepada bentuk yang lebih mudah untuk mendapatkan maklumbalas daripada sampel kajian. Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Semester 2 di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Seramai 65 orang pelajar telah diambil sebagai sampel. Satu set soal selidik diedarkan kepada pelajar bersama-sama dengan prototaip perisian yang hendak dinilai. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 10.0 for Windows. Kaedah statistik berbentuk peratusan dan digunakan untuk menerangkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perisian multimedia interaktif bertajuk Pengenalan Kepada Multimedia ini dapat diterima oleh pelajar sebagai alat pembelajaran berbantukan komputer (PBK). Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan masih banyak lagi elemen yang perlu diperbaiki dan ditambah untuk meningkatkan kualiti perisian multimedia ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1122
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:19 Apr 2011 16:14
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page