Kreativiti pengajaran di kalangan guru-guru teknikal:satu kajian kes di Sekolah Menengah Teknik Kluang

Abdullah, Haryanti (2004) Kreativiti pengajaran di kalangan guru-guru teknikal:satu kajian kes di Sekolah Menengah Teknik Kluang. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1128Kb

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan dengan kreativiti pengajaran di kalangan guru guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Kluang. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau kreativiti pengajaran dari aspek pengetahuan, kemahiran pengajaran dan nilai keguruan. Kajian yang dibuat adalah berbentuk tinjauan semasa. Responden bagi kajian ini terdiri daripada semua guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Kluang dan seramai 30 orang dipiiih sebagai sampel kajian. Data yang diperoiehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences versi 11.0 Anaiisis dapatan adalah menggunakan skor min, kekerapan dan peratusan untuk kesemua item yang telah direkabentuk. Hasil analisis menunjukkan guru-guru sekolah teknik hanya kreatif dari ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan nilai keguruan. Beberapa cadangan telah dikemukakan antaranya ialah mempertingkatkan lagi bengkel dan kursus motivasi dikalangan guru agar kesedaran tentang perlunya guru yang kreatif pada abad kini. Oleh itu, diharapkan dapatan dan cadangan kajian ini dapat diguna dan dilaksanakan bagi mempertingkatkan kualiti guru-guru teknikal di Sekoiah Menengah Teknik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:1143
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 15:28
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page