Pembangunan dan penilaian bahan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) berasaskan CD interaktif bagi mata pelajaran pemasaran 1 di politeknik

Omar, Darvina (2003) Pembangunan dan penilaian bahan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) berasaskan CD interaktif bagi mata pelajaran pemasaran 1 di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1242Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk membangun dan menilai bahan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) berasaskan CD Interaktif bagi mata pelajaran Pemasaran 1 yang dihasilkan oleh pengkaji. Penilaian yang dibuat ialah dari segi penerimaan pelajar terhadap produk yang dibangunkan, penilaian isi kandungan dan juga melihat kepada aspek mesra pengguna. Responden kajian terdiri daripada 45 orang peiajar Semester 1, Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Hamid Mu'adzam Shah, Jitra Kedah. Pemilihan sampei adalah secara bertujuan (proposeful sampling). Instrumen yang digunakan ialah jenis soal selidik di mana peniiaian dilakukan berdasarkan kepada maklum balas responden terhadap CD Interaktif Pemasaran 1 yang dihasiikan. Kesemua data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Packege for Social Sciences (SPSS) Version 11.0 yang melibatkan skor min dan peratus (kekerapan). Dapatan kajian menunjukkan penerimaan peiajar terhadap CD Interaktif Pemasaran 1 (skor min=3.14), isi kandungan (skor min = 3.48) dan antara muka mesra pengguna (skor min =3.19). Secara keseiuruhannya nilai skor min menunjukkan keputusan pada tahap tinggi. Daripada dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa PBK CD Interaktif Pemasaran 1 yang dihasiikan oleh pengkaji dapat diterima oleh pelajar, memadai dari segi isi kandungan dan juga dari aspek mesra pengguna. Oleh itu ia sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar Diploma Pemasaran Semester 1 di peringkat politeknik. Cadangan- cadangan diberikan untuk menunjukkan bagaimana CD Interaktif Pemasaran 1 boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien daiam usaha membantu memudahkan proses pembelajaran peiajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:1169
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 15:45
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page