Penghasilan manual asas pembinaan laman web sebagai bahan rujukan pembelajaran pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kolej Universiti TeknologiTun Hussein Onn

Stapah @ Salleh, Mazura (2002) Penghasilan manual asas pembinaan laman web sebagai bahan rujukan pembelajaran pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kolej Universiti TeknologiTun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
922Kb

Abstract

Laman web kini merupakan salah satu Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) yang utama di dalam sistem pendidikan di negara ini. Namun begitu, didapati bahawa pelajar Sarjana Pendidikan (MTD) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) masih belum menguasai kemahiran membina laman web. Justeru, ~ajian ini dilakukan bagi menghasilkan Manual Asas Pembinaan Laman Web (MAPL W) yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan pembelajaran pelajar MTD, KUiTTHO. Seramai 126 orang pelajar semester 3 (sesi 2002/2003) MTD, KUiTTHO menjadi sampel kajian. Kaedah soal-selidik digunakan bagi mengukur adakah MAPL W yang dihasilkan mengandungi maklumat mencukupi dalam membantu pelajar MID membina laman web serta adakah MAPLW yang dihasilkan bersifat 'mesra pengguna' dari segi isi kandungan peJajaran, penggunaan gambarajah dan penulisan. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 10.0 for Windows (SPSS 10.0). Dapatan kajian menunjukkan bahawa MAPLW yang dihasilkan mempunyai maklumat mencukupi sebagai bahan rujukan pembelajaran pelajar MTD, KUiTTHO. Pengkaji turut mendapati bahawa manual tersebut bersifat 'mesra pengguna' dari segi isi kandungan pelajaran, penggunaan gambarajah dan penulisan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK5101-5865 Telecommunication. Telegraph.
ID Code:1174
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:19 Apr 2011 15:50
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page