Kemahiran menggunakan perisian perakaunan dan pemprosesan perkataan (word processing)di kalangan pelajar diploma perakaunan: satu tinjauan di lima politeknik di Malaysia

Wan Ishak, Wan Maimunah (2002) Kemahiran menggunakan perisian perakaunan dan pemprosesan perkataan (word processing)di kalangan pelajar diploma perakaunan: satu tinjauan di lima politeknik di Malaysia. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1102Kb

Abstract

Kemahiran komputer menjadi satu aset penting kepada graduan-graduan dalam menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan. Kajian ini tertumpu kepada usaha mengenalpasti tahap kemahiran pelajar-pelajar semester akhir Diploma Perakaunan di politeknik sebelum mereka menamatkan pengajian. Seramai 150 orang pelajar dari 5 buah politeknik, terdiri dari pelajar semester akhir Diploma Perakaunan telah dipilih sebagai responden. Perisian SPSS Versi 10.0 telah digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi dan statistik deskriptiftelah digunakan untuk menganalisis dapatan. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar masih kurang mahir menggunakan perisian perakaunan tetapi mereka didapati mahir menggunakan perisian pemprosesan perkataan (word processing).

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
ID Code:1186
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 16:39
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page